Branded
Teknologi AI Kini Di Sekolah, JOI® Smartboard Cipta Kelas Lebih Interaktif
Bayangkan bilik darjah yang bukan sekadar papan putih biasa, tetapi satu ruang pembelajaran yang hidup dan interaktif, dilengkapi kecerdasan buatan.
Inilah pengalaman yang dibawakan oleh JOI® Smartboard, papan pintar yang dikuasakan oleh 14th Gen Intel® Core™ Processors. Kehadirannya menjadikan pengajaran lebih pintar, kolaboratif dan bersedia untuk masa depan menjadikannya AI-powered classroom sebenar.

S Write with AI tukar tulisan tangan kepada teks digital
Dengan JOI® Smartboard, pengalaman belajar kini menjadi lebih dinamik. Guru-guru boleh menulis di atas papan seperti biasa, tetapi dengan ciri S Write with AI, setiap tulisan tangan boleh ditukar secara automatik kepada teks digital.
Ia juga mampu mengenal pasti pelbagai bahasa serta formula matematik yang boleh dikira. Hasilnya, guru dapat menjimatkan masa dan pelajar pula menerima nota yang lebih tersusun serta mudah difahami, menjadikan suasana pembelajaran lebih fokus dan menyeronokkan.
Disokong sehingga 40 titik sentuhan

Bukan itu sahaja, teknologi AI-Driven Whiteboard Collaboration menjadikan bilik darjah sebagai pusat interaksi aktif.
Dengan sokongan sehingga 40 titik sentuhan serentak, pelajar boleh bekerja bersama-sama, melakar idea dan berkongsi pandangan secara langsung di skrin.
Fungsi Accelerated Intelligent Search permudah carian

Paparan 4K UHD yang jelas memastikan setiap visual menarik perhatian, manakala fungsi perkongsian skrin tanpa wayar memudahkan penyertaan daripada pelbagai peranti. Semua ini memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih inklusif, interaktif dan menyeronokkan.
Untuk memudahkan guru mencari bahan pengajaran, fungsi Accelerated Intelligent Search membolehkan carian kandungan dilakukan dalam sekelip mata.
Cukup dengan menaip kata kunci, sistem AI akan mencadangkan bahan relevan secara automatik. Guru boleh memaparkan contoh, imej atau maklumat tambahan dengan pantas.
Transkrip automatik dengan AI-Powered Lesson Recording & Transcription

JOI® Smartboard juga memastikan tiada pelajar yang tertinggal melalui ciri AI-Powered Lesson Recording & Transcription. Setiap sesi pengajaran boleh direkod dan ditranskrip secara automatik, lengkap dengan ringkasan dan pilihan carian semula isi penting.
Pelajar boleh menonton semula rakaman pada bila-bila masa untuk ulang kaji, manakala guru boleh menilai semula kaedah pengajaran mereka atau berkongsi bahan dengan pelajar yang tidak hadir.
Menariknya lagi, JOI® Smartboard direka untuk pendidikan masa depan dengan sokongan Dual OS (Android & Windows 11) yang fleksibel. Ia dilengkapi kamera dan mikrofon AI dengan teknologi auto-framing bagi memudahkan sesi pembelajaran hibrid.
Perisian Smart Classroom pula membolehkan kawalan penuh ke atas pelajaran, penilaian dan pengurusan bilik darjah. JOI® Smartboard turut menyokong Microsoft AI education tools seperti Speaker Progress, Reading Coach dan Copilot AI.
Dikuasakan Pemprosesan Intel® Core™

Dari segi prestasi, JOI® Smartboard menggunakan kuasa pemprosesan Intel® Core™bagi memastikan setiap fungsi berjalan lancar dan boleh multitasking tanpa gangguan.
Ia juga hadir dengan dua pilihan versi Basic Version yang disertakan secara percuma dan Pro Version dengan ciri AI lanjutan pada kadar langganan tahunan berharga RM1,000. Reka bentuknya juga berasaskan konsep kolaborasi yang menjadikan bilik darjah lebih dinamik dan interaktif.

Bermula RM229 sebulan
Untuk institusi pendidikan, JOI® Smartboard boleh diperoleh melalui pelan SNS OnePlan™ Device-as-a-Service (DaaS), bermula serendah RM229 sebulan dengan konsep “lease to own”. Ia turut disertakan dengan pengurusan IT yang lebih mudah, tertakluk pada semakan kredit dan syarat-syarat tertentu.
JOI® Smartboard bukan sekadar produk, tetapi satu langkah besar ke arah transformasi pendidikan digital. Ia membantu guru mengajar dengan lebih efektif, pelajar belajar dengan lebih mendalam, dan sekolah bersedia menghadapi masa depan yang didorong oleh teknologi AI.

Bagi yang ingin melihat sendiri bagaimana JOI® Smartboard boleh mengubah suasana pembelajaran, anda boleh menempah sesi demonstrasi hari ini. Setiap tempahan juga berpeluang menerima barangan premium eksklusif selagi stok masih ada.
Lawati https://www.joi.com.my/AI-Powered-Teaching-with-JOI-Smartboard untuk maklumat lanjut atau daftar minat anda di https://forms.office.com/r/PQsV5ffRES hari ini.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui http://bit.ly/JOI_Smartboard-Enquiry manakala maklumat mengenai pelan SNS OnePlan™ boleh didapati di www.sns.com.my/daas-oneplan/.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM