Connect with us

Oh! Media

“Sejak Husna Join Group Kereta..” – Suami Wanita Didakwa Menipu Akhirnya Buka Mulut

Ohmedia suami Una

Oh! Tidak

“Sejak Husna Join Group Kereta..” – Suami Wanita Didakwa Menipu Akhirnya Buka Mulut

Suami kepada wanita didakwa menipu nafi dakwaan palsukan dokumen cerai.

Selepas kisah tular mengenai seorang lelaki mendakwa dirinya ditipu oleh wanita bergelar isteri orang, kini suami kepada wanita terbabit tampil memberi penjelasan bagi membersihkan namanya.

BACA: Lelaki Dakwa Ditipu Hidup-Hidup! Rupa-Rupanya Isteri Yang Dinikahi Dah Pun Bersuami!

Dalam satu hantaran di TikTok, lelaki dikenali sebagai Baki mendakwa sebelum isterinya Una berkenalan dengan lelaki bernama Syed, rumah tangga mereka sebenarnya tidak pernah bermasalah.

IKLAN

“Mereka dah bercinta masa isteri saya masih sah dengan saya”

Kahwin 2
Dakwaan tular di media sosial

Dakwa Baki, segalanya bermula selepas isterinya menyertai satu kumpulan kereta Axia di mana dia mula berkenalan dengan Syed.

Dari situ, hubungan mereka dikatakan semakin rapat hingga menjadi cinta, sedangkan pada masa itu Husna masih merupakan isterinya yang sah.

Saya dapat tahu yang Syed dan Husna berkawan dan bercinta masa Husna masih isteri saya yang sah.

Baki turut mendakwa dia pernah cuba mencari Syed untuk berbincang dan selesaikan masalah secara baik, namun tidak berhasil kerana Syed membloknya di TikTok. Akibat tekanan itu, rumah tangganya akhirnya berakhir dengan penceraian.

“Saya tak pernah palsukan dokumen cerai”

Baki turut menyangkal dakwaan Syed bahawa dia dan isterinya memalsukan dokumen perceraian. Menurutnya, sijil cerai mereka sah dan masih berada di pejabat agama atas urusan tertentu.

Una

Baki menjelaskan dia hanya mahu menjernihkan keadaan selepas mendakwa Syed menularkan gambarnya dan menuduhnya menipu masyarakat.

Pssttt! Macam-macam plot twist dalam kisah ni lepas satu, satu versi keluar. Apa pun, dua-dua pihak dah bersuara. Biarlah pihak berkuasa yang tentukan siapa di pihak benar. Semoga semua yang terlibat dapat penyelesaian adil dan tidak lagi membuka aib sesama sendiri di media sosial.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas