Connect with us

Oh! Media

Risau Tak Ada Simpanan Hari Tua? Siapa Yang Bekerja Sendiri Tu, Jom Rancang Kewangan Persaraan Dengan i-Saraan KWSP!

Branded

Risau Tak Ada Simpanan Hari Tua? Siapa Yang Bekerja Sendiri Tu, Jom Rancang Kewangan Persaraan Dengan i-Saraan KWSP!

“Kerja sendiri ni nanti dah tua ada ke saving… Cubalah cari kerja tetap…”

Bila bekerja sendiri atau bekerja ekonomi gig, soalan macam ni mesti dah biasa didengari betul tak? 

Apakan daya, walaupun kita seronok bekerja sendiri dan raih pendapatan sendiri, kadang-kadang kita pasti akan terfikir juga tentang simpanan masa hadapan, lagi-lagi untuk kegunaan di hari tua nanti. 

Adakah ia mencukupi? Adakah ia mampu menampung perbelanjaan sepanjang hari tua kita nanti? Apa jadi kalau kita tak ada simpanan untuk bersara kelak?

Jangan risau, sebenarnya korang dah boleh rancang simpanan hari tua bermula sekarang dengan mencarum i-Saraan tau. Haa, kalau nak tahu apa itu i-Saraan dan macam mana ia boleh bantu korang untuk rancangan simpanan hari tua, meh sini kami kongsikan. 

Tiada Kadar Bulanan, i-Saraan Beri Kebebasan Kepada Pencarum Ikut Kemampuan

Untuk korang yang belum tahu, i-Saraan adalah inisiatif caruman secara sukarela daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 

Caruman ini diwujudkan bertujuan untuk membantu individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, termasuk pekerja ekonomi gig seperti petani, nelayan, peniaga kecil, pemandu e-hailing, atau influencer, untuk membina simpanan persaraan sendiri. 

Kalau korang mencarum i-Saraan ini, korang tak perlu risau tentang kadar caruman bulanan yang tetap seperti pencarum lain, sebab ia beri korang kebebasan untuk mencarum mengikut kemampuan masing-masing tau. 

Walaupun begitu, korang juga berpeluang untuk menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan sama seperti ahli KWSP yang lain.

Bukan itu saja, Kerajaan juga menyediakan insentif khas sebanyak 20% daripada jumlah caruman sukarela, di mana had maksimum insentif ini adalah sebanyak RM500* setahun dan RM5,000 untuk seumur hidup atau sehingga mencapai umur 60 tahun.

*Tertakluk kepada terma dan syarat Kerajaan. 

Kalau korang ingin dapatkan insentif maksimum RM500 setahun, korang perlu mencarum sekurang-kurang RM2,500 setahun. 

Dengan mencarum i-Saraan, korang bukan je boleh simpan untuk masa depan, tapi juga boleh dapat pelepasan cukai pendapatan tertakluk kepada terma dan syarat LHDN. Ini kira macam insentif tambahan untuk galakkan korang menyimpan secara proaktif.

Selain itu, sebagai ahli KWSP, jika berlaku kematian, KWSP akan membayar bantuan sebanyak RM2,500 kepada penama atau waris, selagi terma dan syarat KWSP dipenuhi.

Nak tahu korang layak ataupun tidak untuk mencarum dan dapatkan insentif khas kerajaan, berikut adalah butiran kelayakan: 

– warganegara Malaysia

– berdaftar sebagai ahli KWSP

-telah mendaftar i-Saraan

– berumur di bawah 60 tahun

– individu bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap

Haa, banyak juga kan faedah kalau mencarum i-Saraan ini? Lepas ni, boleh terus mencarum melalui i-Saraan dan kumpul duit untuk kesenangan di hari tua nanti. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas