Oh! Tidak
Suami Maut Lepas Patah Balik Ambil Susu Anak, Tak Sempat Jamah Sotong Goreng Kunyit Permintaan Terakhir
Suami terlibat kemalangan, isteri kongsi kisah pilu terakhir mereka.
Seorang wanita berkongsi luahan pilu di Threads selepas suaminya meninggal dunia dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.
Wanita tersebut, yang dikenali sebagai Mas, memuat naik beberapa gambar dan tangkapan skrin yang menceritakan detik terakhir bersama arwah suaminya, Muhammad Amir.
Suami kemalangan waktu balik kerja, patah balik ambil susu tertinggal
Dalam hantaran itu, dia memohon agar orang ramai mendoakan kekuatan untuk dirinya dan anak mereka yang baru berusia 10 bulan.


Sebelum kejadian, arwah suaminya dikatakan telah meminta Mas untuk memasak ayam goreng kunyit. Namun, tanpa disangka, permintaan itu menjadi memori terakhir mereka bersama.
Suami saya minta masak ayam goreng kunyit. Saya masakkan lah, lepas tu saya tunggu suami balik kerja. Nak tahu tak apa jadi… Suami saya tak nak jamah pun makanan saya. Dah lah nasi siap masak, rupanya suami saya tak makan sebab….
Menurutnya, arwah suaminya telah pun pulang awal dari kerja, tetapi berpatah balik ke tempat kerja untuk mengambil susu anak mereka yang tertinggal.


Malangnya, ketika dalam perjalanan semula ke rumah, arwah terlibat dalam kemalangan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Syahid waktu balik kerja. Suami saya sebenarnya dah balik awal. Disebabkan susu anak tertinggal kat tempat kerja, jadi patah balik ambil susu anak.
Lebih menyayat hati, wanita itu memaklumkan bahawa wajah arwah suaminya kelihatan tenang seolah-olah sedang tidur, walaupun terlibat dalam kemalangan.
Kenangan terakhir arwah dengan anak


Perkongsian itu membuat ramai warganet sebak dan menitiskan air mata, terutama apabila mengenangkan kasih sayang seorang ayah yang sanggup berpatah balik semata-mata untuk anak kecilnya.
Pssttt! Kisah ini benar-benar menyentuh hati. Kasih seorang suami dan ayah yang tidak berbelah bahagi menjadi bukti bahawa cinta sejati tidak berakhir walaupun terpisah oleh maut. Semoga Allah menempatkan arwah dalam kalangan orang beriman dan memberikan kekuatan buat Mas serta anak kecilnya untuk terus tabah menghadapi ujian ini.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM