Oh! Artis
Nubhan Tuntut Hak Penjagaan Penuh Dan Interim Tiga Anak Di Mahkamah Syariah
Terkini, penyanyi Ahmad Nubhan, dilaporkan telah memfailkan tuntutan hadanah iaitu hak penjagaan penuh dan interim terhadap tiga orang anaknya.
“Kami setuju untuk selesaikan secara baik”

Memetik laporan Utusan, peguam yang mewakili Nubhan mengesahkan bahawa tuntutan dibuat pada September lalu.
Encik Nubhan telah membuat dua tuntutan iaitu hak penjagaan penuh secara mutlak dan interim yang mana kedua-dua itu masih di dalam kertas klausa yang tidak boleh didedahkan. Hak penjagaan yang dimaksudkan ialah hak bermalam, lawatan semasa hari raya, pergi sekolah dan sebagainya. Peguam yang mewakili defenden telah maklum akan perkara ini dan setuju berbincang untuk menyelesaikan secara baik.
Menurutnya peguam, hari ini merupakan sebutan pertama kes hadanah namun Nubhan tidak dapat hadir kerana ada urusan kerja.
Tambahnya lagi, pihak peguam yang mewakili defendan juga telah bersetuju untuk berbincang bagi menyelesaikan kes secara baik.
“Anak dijaga oleh ibu, tapi tiada halangan untuk jumpa”

Buat masa ini, tiga anak Nubhan kini berada dalam jagaan ibu mereka namun, tidak ada sebarang halangan untuk Nubhan berjumpa dengan anak-anak tersebut.
Semalam saya baru berbual dengan anak guam saya, dan mereka tiada masalah dalam urusan penjagaan anak. Sebutan kedua dijadualkan pada 26 November ini.
Terdahulu, Nubhan juga difahamkan telah memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi mengesahkan lafaz yang dibuat pada 2017 dan Ogos lalu.
Pssttt! Bila melibatkan soal anak, sebaiknya kedua-dua pihak elak persengketaan dan cari jalan damai demi kesejahteraan mereka. Apa pun, semoga urusan Nubhan dan bekas isteri dipermudahkan dan keputusan mahkamah nanti berpihak kepada kebaikan semua pihak.
Kredit: Utusan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM