Connect with us

Oh! Media

Prince Syed Diserang Di Hadapan Rumah Kakak, Empat Termasuk Ibu Bapa Mentua Ditahan Polis

Ohmedia polis

Trending

Prince Syed Diserang Di Hadapan Rumah Kakak, Empat Termasuk Ibu Bapa Mentua Ditahan Polis

Prince Syed diserang di hadapan rumah kakak, empat termasuk ibu bapa mentua.

Kecoh di media sosial apabila usahawan dikenali sebagai Prince Syed mendakwa dirinya diserang sekumpulan individu termasuk ibu bapa mentuanya sendiri di kawasan perumahan Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, Klang semalam.

BACA: “Isteri Yang Enggan Jumpa..” – Prince Syed Akhirnya Bersuara, Jawab Dakwaan Ibu Mentua

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku sekitar jam 2.40 petang ketika dia berada di hadapan rumah kakaknya sebelum empat individu datang menyerang hingga menyebabkan kecederaan di bahagian muka dan tangan.

IKLAN

“Mereka pukul kepala saya dengan topi keledar”

View on Threads

Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, mendakwa dia diserang oleh individu yang dikenalinya.

Katanya, mereka bukan sahaja menumbuk muka, malah turut memukul kepalanya beberapa kali menggunakan topi keledar.

Susulan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Klang untuk tindakan lanjut.

Empat termasuk ibu bapa mentua ditahan

Prince Syed

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata, pihak polis telah menahan empat individu berusia antara 22 hingga 59 tahun bagi membantu siasatan.

Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan. Mereka yang ditahan termasuk ibu bapa isteri lelaki terbabit. 

Tambahnya lagi, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Pssttt! Kes melibatkan pertelingkahan keluarga memang sensitif, apatah lagi bila ia berlaku secara terbuka. Apa pun, biarlah siasatan berjalan dengan adil supaya semua pihak mendapat keadilan.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas