Connect with us

Oh! Media

Chazynash Bakal Tamatkan Zaman Duda Tahun Depan, Doa Bekas Isteri Pun Bahagia

Ohmedia chazy Kahwin

Oh! Artis

Chazynash Bakal Tamatkan Zaman Duda Tahun Depan, Doa Bekas Isteri Pun Bahagia

Chazynash mendedahkan bekas isteri juga sedang mengenali seseorang, keduanya saling doakan kebahagiaan.

Selepas beberapa bulan melalui fasa perpisahan, personaliti media sosial, Chazynash akhirnya buka cerita tentang kehidupan terkininya.

BACA: ”Saya Rasa Tak Kuat” – Perkongsian Terbaru Fatin Morat Undang Perhatian

Rupa-rupanya, dia kini sedang mengenali seseorang yang cukup istimewa dan bersedia untuk melangkah ke fasa baru dalam hidup.

IKLAN

“Anak-anak pun dah kenal dan suka”

Chazynash

Memetik laporan portal, Chazynash mengaku hubungan itu kini berada di tahap serius dan kalau semuanya baik, dia bakal menamatkan zaman duda tahun depan.

Saya banyak terima DM daripada wanita lepas bercerai, tapi saya tak layan sebab saya tengah kenal seseorang. Jadi, saya fokus pada dia saja. InsyaAllah, kalau semua okay, mungkin tahun depan saya kahwin.

Menurutnya lagi, calon istimewa itu juga sudah berjumpa dengan anak-anaknya dan mereka menerima kehadirannya dengan baik.

“Jodoh di tangan Tuhan, tak perlu nilai orang cepat move on”

Fatin Morat

Bila ditanya tentang tanggapan bahawa lelaki mudah ‘move on’, Chazynash tenang menjawab bahawa setiap orang melalui fasa berbeza.

Saya perlukan seseorang untuk urus, teman dan jaga saya. Jodoh di tangan Tuhan. Tak adil nak nilai orang cepat move on atau tak sebab tak semua alami benda sama.

Menariknya, Chazynash juga mendedahkan bekas isterinya, Fatin Morat, kini sedang mengenali seseorang dan dia sendiri menyokong perkara itu.

Bekas isteri saya pun sedang mengenali seseorang. Saya doakan dia jumpa jodoh baik sebab siapa pun yang kahwin dengannya nanti akan jadi bapa tiri kepada anak-anak saya. Calon mestilah orang baik.

Pssttt! Kadang-kadang, bila masing-masing reda dan saling mendoakan, itu tanda sebenar ‘move on’ yang penuh kedewasaan. Semoga perancangan Chazynash untuk berkahwin tahun depan dipermudahkan dan bahagia selamanya.

Kredit: OhBulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas