
Trending
“Saya Nak Suami Berjaya Tapi Bukan Macam Ni” – Dakwaan Curi Resepi, Isteri Haqiem Stopa Bersuara
Isteri Haqiem Stopa berani buat siaran langsung nafi dakwaan terbabit isu kafe.
Sebagai seorang isteri, sudah tentu namanya turut terpalit dengan isu panas melibatkan suaminya.
Begitulah yang terjadi kepada isteri pempengaruh Haqiem Stopa iaitu Aireena Sofia Zakaria apabila dia dituduh bersubahat dengan dakwaan meniru resepi daripada kedai popular lain.
BACA: Didakwa ‘Ciplak’ Resepi Auntie Ja, Netizen Tuntut Haqiem Stopa Beri Penjelasan
Menafikan dakwaan itu, Aireen berani membuat siaran langsung demi mempertahankan dirinya dan anak yang baru dilahirkan.
View on Threads
Menurut Aireen, dia langsung tiada kaitan dengan kafe dan memohon netizen mendapatkan penjelasan daripada pemilik kafe sendiri.
Apa yang saya boleh cakap, kafe ini tiada kena mengena dengan saya, saya tak tahu apa-apa, tiada kaitan dengan saya. Segala perbincangan ke apa-apa ke, saya tiada proceed itu proceed ini. Ibarat saya dengan kafe tiada apa-apa. Saya. buat live ni sebab saya berani berdepan, saya tak bersalah.
Tambah Aireen lagi, sebagai isteri dia sudah tentu mahu lihat kejayaan suaminya. Namun, bukanlah dengan cara tidak betul seperti yang didakwa.

Dia perlu menjelaskan perkara itu demi menjernihkan namanya dan anak daripada isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

Pssttt! Tindakan Aireen ini wajar sebab sebagai seorang ibu dan isteri, dia perlu pertahankan maruah diri dan anaknya. Harap isu ini dapat dijernihkan supaya mereka sekeluarga tidak lagi dihantui tuduhan yang tidak berasas.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
