Connect with us

Oh! Media

Wanita Maut Dihempap Pokok Tumbang Ketika Berkhemah Di Janda Baik

Polis siasat gambarwanita mediasosial dijual ohmedia

Trending

Wanita Maut Dihempap Pokok Tumbang Ketika Berkhemah Di Janda Baik

Perkhemahan yang sepatutnya menjadi momen indah bertukar tragedi apabila seorang wanita maut dihempap pokok tumbang di tapak perkhemahan Pulau Santap, Janda Baik pada Jumaat.

Lapor Sinar Harian, dalam kejadian itu, dua lagi mangsa cedera.

Seorang maut, dua cedera khemah dihempap pokok tumbang

Maut

Mangsa dikenali sebagai Herini Mohammad Ali disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat dihempap pokok besar yang tumbang menimpa khemah mereka.

IKLAN

Insiden berlaku sekitar jam 7.56 pagi dan pasukan bomba terus dikerahkan ke lokasi selepas menerima laporan.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera dan bantuan enam anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Janda Baik dikerahkan ke lokasi kejadian.

Kejadian di Janda Baik

Pokok Tumbang

Setibanya di lokasi, komander operasi mendapati terdapat pokok tumbang menghempap khemah di tapak terbabit dan seorang lelaki serta seorang kanak-kanak lelaki cedera, manakala seorang wanita dewasa meninggal dunia.

Pasukan bomba kemudian membuat pemeriksaan menyeluruh di kawasan sekitar selain memotong pokok menggunakan gergaji bagi memastikan tiada lagi ancaman.

Pssttt! Tragedi ini mengingatkan kita bahawa aktiviti rekreasi di kawasan hutan atau tapak perkhemahan sememangnya ada risikonya, terutama melibatkan faktor alam semula jadi seperti pokok tumbang. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi kehilangan ini dan masyarakat lebih berhati-hati setiap kali memilih lokasi perkhemahan.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas