Connect with us

Oh! Media

Isteri Maut Digilis Treler, Suami Meraung Depan Anak Kecil

Ohmedia treler Klang

Oh! Tidak

Isteri Maut Digilis Treler, Suami Meraung Depan Anak Kecil

Isteri maut digilis treler di Klang, anak perempuan cedera ringan.

Seorang lelaki kehilangan isteri tercinta di hadapan mata sendiri selepas motosikal mereka terlibat kemalangan dengan treler di Jalan Pelabuhan Barat, Klang.

Video dashcam kejadian tular di media sosial memaparkan motosikal yang ditunggang menyelit di antara dua treler.

Kemalangan ngeri melibatkan treler tular

Tak lama selepas itu, mangsa terperosok di bawah lori sebelum digilis. Manakala, anak perempuan mereka berusia 10 tahun yang terjatuh mengalami kecederaan ringan.

IKLAN

Dapat dilihat suami meraung sambil cuba menarik tubuh kaku isterinya yang tidak bernyawa. Pemandu treler turut terkejut dan menangis melihat keadaan mayat mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa, kemalangan berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari.

Motosikal yang ditunggang dipercayai hilang kawalan akibat bergesel.

Mayat wanita berusia 30-an itu kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat.

Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tragedi ini sekali lagi membuka mata masyarakat tentang risiko menunggang motosikal, apatah lagi apabila cuba menyelit di celah kenderaan berat.

Pssttt! Semoga kejadian ini jadi iktibar buat semua agar lebih berhati-hati di jalan raya. Al-fatihah untuk mangsa.

Kredit: Sinar Plus (Sinar Harian)
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas