Connect with us

Oh! Media

Ina Naim Akui Silap, Mohon Maaf Lepas Dikritik

Ohmedia ina naim

Oh! Artis

Ina Naim Akui Silap, Mohon Maaf Lepas Dikritik

Ina Naim akui silap di program realiti, mohon maaf dan minta netizen jangan kaitkan nama pihak lain.

Kalau korang ikut rapat dunia hiburan tempatan, mesti perasan baru-baru ni nama Ina Naim, isteri kepada Allahyarham Suhaimi Saad, jadi bualan netizen.

Semuanya gara-gara penampilannya dalam program realiti, Talk To My Manager (TTMM), yang dikatakan agak berlebihan sampai mengundang kritikan.

Tapi yang menariknya, Ina sendiri tak melatah. Sebaliknya dia tampil dengan hati terbuka untuk mengakui kesilapan dirinya.

IKLAN

Ina Naim akui khilaf diri sendiri…

Ina Naim

BACA: “Dia Dah Lain..”, Netizen Terkejut Lihat Aksi Ina Naim Berjoget

Menurut Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, dia mengaku setiap orang tak lari daripada kesilapan dan dirinya juga tidak terkecuali.

Malah, dia menerima dengan hati yang lapang semua teguran yang dilemparkan kepadanya.

Saya ini manusia biasa kadang-kadang tak perasan dan tak sengaja nak buat tapi Allah izinkan perkara itu sebab nak tegur saya.- Katanya.

Dalam masa sama, Ina menjelaskan dia langsung tidak terasa hati dengan komen pedas netizen kerana sedar semuanya berpunca daripada khilafnya sendiri. Baginya, kritikan itu lebih kepada peringatan dan dia memilih untuk ambil yang positif.

Ina Naim harap netizen jangan kaitkan pihak lain…

Ina Naim

Namun begitu, Ina turut berharap agar isu ini tidak mengheret nama individu lain, khususnya Mawi dan isterinya, Ekin.

Tapi saya minta jangan kaitkan dengan pihak yang tidak sepatutnya seperti Mawi dan Ekin. Saya ambil semua komen yang positif.- Katanya lagi.

Pssttt! Tak salah pun kalau orang tegur, sebab kadang-kadang kita tak nampak kekurangan diri sendiri. Apa yang penting, kita kena berlapang dada terima teguran macam Ina buat ni. Jadikan kritikan sebagai cermin untuk perbaiki diri, bukannya alasan untuk bermusuh.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas