Connect with us

Oh! Media

Guru Bahasa Inggeris Mengaku Tidak Bersalah Sebar Fitnah Zara Qairina Dimasukkan Ke Mesin Basuh

Ohmedia zara Mesin Basuh

Trending

Guru Bahasa Inggeris Mengaku Tidak Bersalah Sebar Fitnah Zara Qairina Dimasukkan Ke Mesin Basuh

Guru bahasa Inggeris itu didakwa buat kenyataan fitnah di TikTok.

Kes tragis kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, kembali hangat selepas seorang guru bahasa Inggeris didakwa menyebarkan maklumat palsu yang mengaitkan mangsa dengan mesin basuh.

BACA: Aktivis Mona Din Mengamuk, Dedah Kebenaran Dakwaan Zara Dimasukkan Dalam Mesin Basuh

Tertuduh, Siti Hajar Aflah Sharuddin didakwa membuat kenyataan itu di akaun TikTok miliknya ‘SHA_Abrienda’ pada jam 1.20 petang, 6 Ogos lalu.

IKLAN

Terbaru, Berita Harian melaporkan tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang selepas pertuduhan dibacakan oleh Majistret Khairatul Animah Jelani.

Didakwa buat kenyataan di TikTok

Guru Bi

Mengikut pertuduhan, ibu tunggal itu didakwa membuat kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam serta mendorong orang lain melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Kenyataan itu dilihat sendiri oleh seorang anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

Tertuduh disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Pssttt! Menyebarkan berita palsu hanya menambah luka pada keluarga mangsa yang sedang bersedih. Jadi, berhati-hatilah dengan perkongsian di media sosial kerana ia mampu memberi kesan besar pada orang lain.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas