Oh! Artis
“Kepada Awak Yang Masih Stalk Saya” – Ruhainies Beri Pesanan Pedas
Kata Ruhainies, kebahagiaan dirinya bukanlah satu ancaman kepada sesiapa.
Nama pelakon sensasi, Ruhainies sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik satu hantaran di InstaStory.
Dalam hantaran itu, Ruhainies dilihat memberi pesanan pedas dan menyindir seseorang yang dipercayai masih ‘stalk’ media sosialnya.
“My growth isn’t your enemy”
Pelakon yang pernah ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz ini berharap individu berkenaan dapat sembuh dan tidak menganggap ketenangan yang dikecapinya sebagai satu ancaman.

Ruhainies menulis:
To the ‘ones’ still stalking my story… I hope you heal from whatever made my peace look like a threat to you. My growth isn’t your enemy. Let go.
Kata-kata itu jelas menggambarkan pelakon itu kini lebih fokus kepada kebahagiaan dirinya dan enggan lagi terikat dengan drama lama.
Pssttt! Siapalah gerangan yang dimaksudkan Ruhainies ini ya? Ataupun ianya sekadar kapsyen yang tidak bermaksud apa-apa. Bersangka baik jelah ya.
Kredit: IG Ruhainies
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM