Trending
Penangan Janda Anak Satu, Duda Sudah Dua Kali Ditangkap Khalwat!
Duda dan janda anak satu sekali lagi ditangkap khalwat di Tangkak walaupun sudah pernah kena denda RM2,800.
Seorang lelaki berstatus duda dan wanita janda anak satu sekali lagi dicekup oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Tangkak pada jam 12.30 tengah malam.
Menerusi laporan Penguatkuasa JAINJ 2025 di Facebook, ini merupakan tangkapan kali kedua pasangan itu selepas kali pertama mereka ditahan kira-kira tiga bulan lalu di rumah yang sama.
Duda dan janda rancang kahwin, tapi tergesa terlanjur

Difahamkan, pasangan berusia lingkungan 30-an itu sebenarnya sudah membuat permohonan nikah dan merancang untuk berkahwin dalam masa dua bulan lagi.
Namun, disebabkan tak menyempat, mereka sekali lagi ditahan selepas pihak penguat kuasa menerima aduan daripada orang awam.
Ketika disoal siasat, kedua-duanya tidak banyak bersuara kerana sudah mengenali penguat kuasa sama yang menangkap mereka sebelum ini.
Pernah denda RM2,800, kini kena lagi

Untuk kes pertama, mahkamah telah menjatuhkan denda RM2,800 seorang atau penjara sebulan kepada pasangan berkenaan. Bagaimanapun, hukuman itu nampaknya tidak cukup untuk menginsafkan mereka.
Bagi kes kali ini, Mahkamah Syariah Tangkak menetapkan jaminan RM2,000 sementara menunggu tarikh perbicaraan.
Pssttt! Kalau sudah ada niat untuk bernikah, segerakanlah agar terhindar fitnah dan dosa. Jangan kerana tak sabar, maruah diri dan keluarga jadi taruhan.
Kredit: Penguatkuasa JAINJ 2025
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.