Oh! Artis
“Jangan Haraplah Nak Ambil Tanah Melayu!” – Rafidah Ibrahim Buat Rayuan, Beri Amaran Kepada Pemaju
Rafidah Ibrahim lawan tuntutan saman RM10 juta, tekad pertahan Kampung Baru hingga ke akhir.
Pada
Rafidah Ibrahim lawan tuntutan saman RM10 juta, tekad pertahan Kampung Baru hingga ke akhir.
Oleh
Nampaknya isu berkenaan Kampung Baru kembali panas apabila selebriti Rafidah Ibrahim tampil bersuara mengenai tuntutan saman yang dikaitkan dengan dirinya.
BACA: Rafidah Ibrahim Mengamuk, Penduduk Dihalau Dari Kampung Sungai Baru
Menurut Rafidah, dakwaan tersebut belum ada keputusan muktamad kerana dia telah mengemukakan rayuan di saat akhir.
Dalam hantaran Instagram miliknya, Rafidah menjelaskan dia tidak gentar dengan saman dan akan berjuang habis-habisan.
Dia percaya perjuangan mempertahankan tanah warisan Melayu lebih besar nilainya daripada sebarang pampasan.
Dia tuntut 10 juta pun kami tak kesah.. InsyaAllah jika kami menang nanti silap-silap pemaju kena saman balik… Ahaks.
Beliau turut menegaskan bahawa tindakan rayuan dilakukan dua jam sebelum tarikh akhir semata-mata mahu melihat siapa yang akan ‘ambil peluang’ menyebarkan cerita palsu mengenainya.
Kenapa eh walanon kena tunggu 4hb baru nak keluarkan cerita ni? Sebab 4hb hari terakhir untuk saya appeal dan saya saja appeal saat-saat akhir. Sebab kita nak tengok siapa yang nak ‘pick up’ cerita ni.

Lebih lantang, Rafidah menyasarkan kata-katanya kepada pihak pemaju dari Singapura yang didakwa cuba mengambil tanah milik orang Melayu di Malaysia.
Kepada pemaju Cina daripada Singapura, InsyaAllah selagi nyawa dikandung badan saya akan perjuangkan tanah Melayu habis-habisan. Jangan haraplah nak ambil tanah Melayu dekat Malaysia.
Menurutnya lagi, pihak Peguam Negara juga gagal membatalkan writ saman yang dihantar ke pejabat tanah dan ini memberi peluang kepada perjuangannya untuk diteruskan di mahkamah.
Pssttt! Berani dan lantang! Rafidah bukan sahaja mempertahankan nama baiknya, malah berdiri demi tanah warisan Melayu. Moga perjuangan ini diberi kekuatan dan keadilan berpihak kepada mereka yang benar.
Kredit: Instagram Rafidah Ibrahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Dr Fie mohon maaf selepas dikritik tidak sensitif ketika membaca komen netizen tentang individu meninggal dunia...
Nubhan buat laporan polis selepas rumahnya didatangi pengutip hutang yang mencari bekas isterinya, Dr Fie. Dia...
Intipati Berita Kemelut Syida Melvin dan bekas suaminya, Syafiq Azim, kembali menjadi bualan selepas perbalahan mereka...
Cik B mengakui pernah cuba mencari kelemahan Datuk Fazley Yaakob kerana mahu memastikan penyanyi dan cef...
Mamat Sepah mengakui dirinya menjadi punca tercetusnya konflik membabitkan Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu.