
Trending
Daiyan Trisha Dikecam Berpakaian Seksi, Ini Apa Kata Tuan Badan
Daiyan Trisha akui tak lagi baca komen netizen tentang isu pakaian seksi, tekad terus jadi diri sendiri.
Penyanyi dan pelakon popular, Daiyan Trisha mendedahkan bahawa dia tidak lagi membaca komen netizen di media sosial.
Menurut laporan Oh Bulan, perkara itu adalah disebabkan dirinya sering menerima kritikan pedas mengenai pemakaiannya yang dianggap seksi.
Daiyan Trisha tak baca komen

Daiyan berkata yang dia sudah lali dengan isu yang sama berulang kali diperkatakan masyarakat.
Sekarang saya dah tak baca komen netizen di media sosial, sebab kalau saya baca pun berkaitan isu yang sama.
Mahu jadi diri sendiri

Walaupun kecaman tidak pernah putus, pemenang Selebriti Stailo Terhangat dan Anugerah Melodi Terhangat itu tetap dengan pendirian untuk menjadi diri sendiri.
Malah, Daiyan lebih terbuka untuk melihat komen negatif sebagai satu bentuk positiviti dalam hidupnya.
Ada anugerah atau tiada, bagi saya sama sahaja. Setiap perkara yang saya buat akan dipersoalkan tapi saya akan ambil ianya sebagai perkara positif. Saya akan cuba terima dan jadi lebih baik.
Pssttt! Tak semua perkara di dunia ini kita boleh puaskan hati orang. Yang penting, tahu batas diri dan sentiasa berusaha jadi versi terbaik diri sendiri.
Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
