Connect with us

Oh! Media

Lelaki Menggigil Dakwa Dikejar Pembunuh Dalam Tren

Ohmedia lelaki rayu bantuan dalam tren

Oh! Tidak

Lelaki Menggigil Dakwa Dikejar Pembunuh Dalam Tren

Lelaki merayu dalam tren dakwa dikejar pembunuh termasu abang kandungnya.

Satu video tular sejak malam Selasa memaparkan seorang lelaki berbangsa India dalam keadaan panik ketika berada di dalam sebuah tren.

Menerusi rakaman tersebut, lelaki itu mendakwa dirinya sedang diekori oleh individu yang mahu membunuhnya, termasuk abang kandung sendiri yang didakwa mengambil insurans atas namanya.

Dari pagi mereka ikut saya kak. Abang saya ambil insurans, nak bunuh saya. Abang saya nak bunuh saya. Mereka ikut saya.- Katanya sambil menggigil.

Lelaki rayu bantuan sambil pegang helaian kertas…

Apa yang menyayat hati, lelaki itu dilihat menggigil sambil memegang beberapa helai dokumen, merayu supaya penumpang tren bantu viralkan kejadian yang berlaku padanya.

IKLAN

Viralkan, tolong selamatkan saya. Abang saya nak bunuh saya, mereka hantarkan orang. Tolong bantu, tiada orang nak bantu saya. Saya dah buat report dah.

Orang ganggu saya, ambil insurans nak bunuh saya. Abang kandung saya. (Tolong) masukkan dalam TikTok, Facebook.- Ujarnya dengan nada cemas.

Video raih lebih 2.2 juta tontonan…

Video tersebut mendapat perhatian ramai di TikTok dan telah ditonton lebih 2.2 juta kali setakat ini. Ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki itu dan berharap dia selamat.

Macam mana keadaan dia sekarang? Semoga Allah lindungi dia. Kesiannya. Menggigil-gigil tangan dia sambil merayu.

Ngeri, macam dalam filem.- Tulis beberapa netizen di ruangan komen.

Caprice ajak orang ramai bantu cari mangsa…

Aktivis kemanusiaan dan penyanyi, Caprice turut berkongsi video berkenaan di Instagram miliknya untuk menggerakkan bantuan.

Siapa-siapa kenal mangsa dan tahu apa kes atau perlu bantuan, beritahu kami.- Tulisnya ringkas.

Setakat ini, belum ada pengesahan lanjut mengenai keadaan sebenar lelaki terbabit dan sama ada dakwaannya sudah disiasat oleh pihak berkuasa.

Pssttt! Ohmedia rasa kes macam ni memang buat jantung berdebar. Kalau betul dakwaan lelaki ni, semoga dia dilindungi dan dibantu segera. Korang pula kalau terjumpa situasi macam ni, jangan hanya tengok. Kadang-kadang, dengan rekod video dan lapor kat pihak berkuasa pun dah cukup besar impaknya. Jangan biar orang yang dalam ketakutan terus keseorangan.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas