Trending
Terlelap Dan Langgar Pokok Di UPM, Pemandu Bas Dipenjara Seminggu Dan Didenda RM8,000
Siasatan awal mendapati pemandu bas dipercayai terlelap.
Terkini! Seorang pemandu bas dijatuhi hukuman penjara selama seminggu serta denda RM8,000 selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan kepada seorang guru dan tiga kanak-kanak PASTI.
Lapor Sinar Harian, mahkamah turut memerintahkan supaya tertuduh, Mohamad Hamir Masruddin dipenjara bermula hari keputusan dibacakan (Selasa) dan lesen memandunya turut digantung selama lima tahun.
Jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara sehingga tujuh bulan.
Memandu dengan cara membahayakan

Mengikut pertuduhan, pemandu bas itu didakwa memandu dengan cara yang membahayakan orang awam (tanpa mengambil kira semua keadaan termasuk jenis, keadaan dan keluasan jalan serta tahap kesesakan lalu lintas yang ada atau mungkin ada di laluan berkenaan).
Siasatan awal pihak polis mendapati pemandu bas dipercayai terlelap sebelum kenderaan terbabit melanggar sebatang pokok di lokasi kejadian.
Dia ketika itu membawa 30 murid dan lima guru dari PASTI Ampang dan sedang menuju ke MAEPS Serdang selepas melawat sebuah kilang coklat.
Merayu hukuman diringankan

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 jika sabit kesalahan.
Ketika prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan atas alasan tiada pekerjaan tetap dan perlu menjaga ibunya yang sedang sakit.
Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurain Syafiqeen Mohd Rozi mencadangkan agar hukuman berat dikenakan.
Pssttt! Kecuaian di jalan raya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan, apatah lagi jika melibatkan nyawa kanak-kanak dan guru. Semoga hukuman ini memberi pengajaran kepada semua pemandu agar lebih bertanggungjawab dan sentiasa berwaspada semasa memandu.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM