Connect with us

Oh! Media

Sathia Kena Potong Ibu Jari Kaki, Tetap Tenang Dan Sempat Bergurau

Ohmedia sathia

Oh! Artis

Sathia Kena Potong Ibu Jari Kaki, Tetap Tenang Dan Sempat Bergurau

Sathia terpaksa potong ibu jari kaki akibat jangkitan kuman. Tapi tetap tenang dan sempat bergurau.

Pelakon dan pelawak, Sathia kini sedang dirawat di Hospital Ampang akibat jangkitan kuman serius pada ibu jari kaki kiri yang memaksanya untuk menjalani prosedur pemotongan.

Menurut laporan mStar, perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, yang segera melawat pelakon berkenaan sebaik sahaja mendapat tahu tentang keadaannya.

Ibu jari kaki kiri kena kuman dan perlu dipotong. Kalau tak, boleh kena jangkitan pada badan.

Sathia masih boleh bergurau walau sakit

Sathia

Dalam video sama, keadaan Sathia kelihatan tenang walaupun kakinya berbalut, malah sempat bergurau menyatakan dirinya masih sihat dan mampu bermain bola sepak!

IKLAN

Seorang jururawat turut berkongsi bahawa pelakon itu terpaksa berpuasa kerana tekanan darahnya meningkat.

Semalam (Selasa) kena puasa, darah tinggi dia tengah naik.

Peminat tertanya-tanya, tapi Sathia masih mendiamkan diri

Santhia

Usaha pihak media untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Sathia setakat ini masih belum berjaya apabila panggilan tidak dijawab. Namun, ramai mendoakan agar pelakon kesayangan ramai itu cepat sembuh dan kembali aktif.

Pssttt! Kesihatan itu nikmat yang sering kita lupa. Jangan abaikan walau luka kecil kerana jangkitan boleh menjadi serius. Periksa dan rawat segera jika rasa tak selesa.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas