Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Pengerusikan Rundingan Thailand-Kemboja Di Putrajaya

Ohmedia anwar ibrahim thailand kemboja

Oh! Negara

Anwar Ibrahim Pengerusikan Rundingan Thailand-Kemboja Di Putrajaya

Anwar pengerusikan rundingan damai Thailand-Kemboja hari ini. Fokus utama: gencatan senjata serta-merta!

Hari ini menjadi detik penting apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan satu rundingan damai berprofil tinggi yang melibatkan dua negara jiran, Thailand dan Kemboja.

Rundingan yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya itu dijadual bermula jam 3 petang dan diketuai sendiri oleh Anwar selaku Pengerusi ASEAN bagi tahun ini.

Malaysia dipilih sebagai pengantara Thailand – Kemboja…

Malaysia

Malaysia dipilih menjadi tuan rumah rundingan ini atas permintaan rasmi kedua-dua negara yang mahukan campur tangan pihak ketiga bagi mencari jalan penyelesaian terhadap konflik sempadan yang semakin meruncing.

IKLAN

Memetik laporan RTM, Anwar berkata, kedua-dua negara itu telah meminta Malaysia menjadi pengantara untuk mencari penyelesaian.

Mereka (wakil kerajaan Thailand dan Kemboja) telah meminta saya untuk berunding mengenai satu penyelesaian damai, jadi Malaysia akan menjadi tuan rumah mesyuarat itu di sini pada Isnin.- Kata PMX.

Anwar Ibrahim tegaskan, gencatan senjata jadi fokus utama…

465463528 1141900430624856 7717592828338682386 n

Anwar dalam kenyataannya menegaskan bahawa perkara paling utama yang perlu dicapai dalam rundingan ini ialah menghentikan keganasan serta-merta.

Apa yang penting adalah menghentikan tembakan dengan serta-merta. Pasukan dari negara jiran juga akan dipanggil bagi memantau perlaksanaan gencatan senjata ini dan saya berharap usaha ini akan berhasil.- Katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa pihak Kementerian Luar dan Menteri Luar kini sedang memperhalusi segala aspek pelaksanaan supaya semua pihak terlibat jelas dengan parameter dan syarat yang ditetapkan.

Kehadiran pemimpin utama serantau…

Thailand
Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai

Rundingan yang diadakan hari ini menyaksikan kehadiran pemimpin tertinggi dari Thailand dan Kemboja, termasuk Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, serta Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet.

Terdahulu, agensi berita AFP melaporkan, Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayacha dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, akan bertemu di Malaysia hari ini, bagi mengadakan rundingan damai.

232ec728b332414ab3798311db520fa9
Perdana Menteri Kemboja Hun Manet

Rundingan akan dianjurkan Datuk Seri Anwar selaku Pengerusi ASEAN, dengan kehadiran Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, yang akan hadir secara peribadi untuk rundingan tersebut.- Kata Pejabat Perdana Menteri Thailand.

Pssttt! Bila konflik berlaku antara jiran, tak semestinya kita perlu bertikam lidah atau angkat senjata. Macam Datuk Seri Anwar tunjukkan hari ini, kadang satu rundingan boleh selamatkan banyak nyawa. Ohmedia harap korang pun jadikan ni pengajaran, tak kira sebesar mana pun isu, cubalah selesai cara baik dulu. Aman itu mahal nilainya.

Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas