Connect with us

Oh! Media

“Lawanya Kembali Bertudung” – Nelydia Senrose Kini Bergelar Datin

Ohmedia datin Nelydia Senrose

Oh! Artis

“Lawanya Kembali Bertudung” – Nelydia Senrose Kini Bergelar Datin

Suami Nelydia iaitu Mohd Hafez Halimi terima Darjah Kebesaran Negeri Pahang.

Pelakon Nelydia Senrose mencuri perhatian ramai apabila tampil berbaju kurung dan bertudung sambil menemani suaminya, Mohd Hafez Halimi di Istana Abdulaziz, Kuantan.

Difahamkan, Nelydia menemani suaminya sempena majlis penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Pahang yang disampaikan kepada suaminya sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-66.

Nelydia tampil bertudung, netizen teruja

Menerusi hantaran Instagram miliknya, Nelydia meluahkan rasa syukur atas kurniaan dan limpah perkenan Sultan Pahang.

IKLAN

Merafak Sembah serta Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan Pahang atas limpah perkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Pahang…

Lebih menarik perhatian, penampilan Nelydia yang bertudung menerima banyak pujian daripada peminat yang mendoakan agar penghijrahannya berkekalan.

Nelydia pakai lah tudung.. cantik sangat nelly pakai tudung.

Ada juga yang menyentuh perubahan hidup Nelydia selepas berkahwin, menyifatkan segala doa terhadapnya telah dimakbulkan.

Dulu ada orang komen dia ada muka datin-datin, sekarang betul-betul Allah makbulkan.

Hafez terima darjah Dato’, Nelydia kini bergelar Datin

Nelydia Senrose

Terdahulu, suami Nelydia, Mohd Hafez Halimi menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’, sekaligus menjadikan Nelydia kini secara rasmi bergelar Datin.

Majlis penganugerahan itu turut disaksikan keluarga diraja dan tetamu kehormat dalam suasana penuh adat istiadat kebesaran.

Pssttt! Datin Nelydia memang ada ‘vibes’ Puan Seri bila bertudung kan? Cantik sangat. Tahniah buat Nelydia dan suami atas anugerah tersebut.

Kredit: Instagram Nelydia Senrose
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas