Oh! Artis
“Tak Payah Sibuk Hal Orang!” – Anak Sulung Dikecam Seksi, Kak KM Pertahan Cara Didikan
Kak KM tempelak netizen tegur cara didikannya terhadap anak, Nabila.
Baru-baru ini, anak kepada usahawan sensasi, Kak KM menerima kecaman gara-gara berpakaian seksi.
Dalam hantaran tersebut, Nabila memakai baju putih berlengan pendek sambil membuat gerakan bibir menyanyi lagu.
Namun, baju tersebut menampakkan bahagian perut dan pusatnya membuatkan netizen tampil membuat teguran.
“Korang jaga anak korang, aku tahu bahagian aku”

Dalam satu temu bual eksklusif bersama Gempak, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli dengan tegas menyatakan bahawa orang luar tidak perlu masuk campur urusan keluarganya.
Kak KM menegaskan bahawa dia lebih tahu tentang tanggungjawabnya sebagai ibu dalam membesarkan anak-anak.
Korang tak payah risau sangatlah tu anak aku, tak payah risau. Kita jaga keliling kita dahulu. Macam korang, jaga anak korang, adik-beradik korang. Jangan sibuk hal orang, aku tahu bahagian aku. Insya-Allah, kita tak adalah seteruk mana.
Difahamkan, Nabila kini menetap di Singapura dan bakal berkhidmat dengan Singapore Airlines selama lima tahun.
Selepas itu, Nabila mahu mencuba peluang berkhidmat untuk syarikat penerbangan antarabangsa, Emirates pula.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM