Oh! Artis
Nabil Ahmad Bina Madrasah Di Tanah Keluarga, Kos Cecah RM500k
Nabil Ahmad labur RM500K untuk bina madrasah di tanah keluarga demi tunaikan impian ibu. Doa orang ramai mengiringi usaha murninya itu.
Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad mendedahkan hasrat besarnya untuk membina sebuah madrasah lengkap dengan penempatan pelajar tahfiz di kediaman keluarganya di Mambau, Negeri Sembilan.
Menurut laporan Oh Bulan, Nabil berkata kos pembinaan itu dianggarkan mencecah RM500,000, dan ia bakal bermula seawal tahun hadapan.
Tanah lebih kurang seluas satu ekar setengah dan saya akan guna sepenuhnya.
Biaya sendiri, tapi bakal dibuka untuk umum

Setakat ini, Nabil membiayai sendiri segala kos permulaan, namun tidak menolak untuk membuka peluang kepada orang ramai yang ingin sama-sama menyumbang.
Apabila saya war-warkan saya mahu buka madrasah, ramai yang mesej mahu turut serta.
Impian seorang anak untuk ibu tercinta

Apa yang lebih menyentuh hati, Nabil turut berkongsi bahawa niat ini lahir daripada impian ibunya yang kini berusia 77 tahun, yang sudah lapan tahun menjalani rawatan dialisis.
Dia juga risau sebab dia pun sudah tua, jadi dia mahu buat bekalan untuk akhirat.
Tambahnya, dia ingin memastikan ibunya sempat melihat proses pembinaan tersebut berjalan dan madrasah itu akhirnya dihuni para pelajar.
Saya punya impian, kalau boleh saya mahu ibu lihat proses pembinaan itu sendiri… sampai siap dan didiami pelajar.
Nabil Ahmad terus dapat sokongan ramai

Perkongsian awal Nabil di media sosial sebelum ini telah menerima reaksi positif dari warganet yang rata-rata memuji niat murni pelawak itu dan mendoakan
kelancaran perancangan beliau.
Pssttt! Setiap insan pasti mencari bekalan akhirat dengan cara masing-masing. Jika kita mampu berbakti untuk ilmu dan agama, usah tangguh. Mungkin itu rezeki sebenar kita.
Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM