Connect with us

Oh! Media

Abby Abadi Dedah Tempahan Tudung Anak Tak Siap Lepas 2 Bulan

Ohmedia marissa Abby

Oh! Artis

Abby Abadi Dedah Tempahan Tudung Anak Tak Siap Lepas 2 Bulan

Abby Abadi hilang sabar bila tempahan tudung anaknya gagal disiapkan walaupun dah bayar RM9,900.

Pelakon, Abby Abadi meluahkan rasa kecewa dan marah apabila satu syarikat tekstil gagal menyiapkan tempahan tudung bagi perniagaan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim.

Syarikat itu dikatakan gagal walaupun bayaran penuh hampir RM10,000 sudahpun dibuat.

Saya perlu dapatkan balik dari sebuah syarikat tekstil sebab pesanan tudung saya dekat dua bulan tak siap-siap dengan pelbagai alasan. Konon kata bayar penuh dua minggu siap, ni nak dekat dua bulan dah.

Abby Abadi dah hilang sabar. Syarikat tak henti bagi alasan…

Abby Abadi

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di akaun Threads, Abby turut mendakwa pihak syarikat bukan sahaja gagal siapkan tempahan, tapi turut beri alasan bertindih bila ditanya soal refund.

IKLAN

Saya akan padam hantaran ni bila dah selesai, hilang sabar dan sebab banyak sangat alasan.

Bila kita bising dia kata nak bagi bayaran balik, suruh kita pula tunggu sampai 15 hari, saya tak boleh tunggu dah.

Ohmedia marissa dania

Lebih membimbangkan, Abby turut mendakwa syarikat tersebut memberikan info tidak konsisten kepada mereka. Bagi pihak Marissa, mereka terima surat refund dalam 40 hari. Tapi cakap lain pula dengan Abby.

Dengan anak saya pihak awak (wakil syarikat) beri surat, proses refund 40 hari. Dengan saya kata kena tunggu 15 hari. Mana satu ni? Tak apa, saya tunggu akaun kena beku ya. Kita minta campur tangan polis.

Abby juga tak teragak-agak untuk buat laporan polis jika wang deposit berjumlah RM9,900 itu tidak dipulangkan dalam masa terdekat.

Syarikat tertabit dikatakan pernah tipu ramai orang sejak 2021…

Abby Abadi

Lebih mengejutkan, Abby mendakwa syarikat tekstil tersebut memang sudah lama ‘bermasalah’ dan pernah menipu ramai pelanggan lain sejak tahun 2021.

Rupanya dah ramai orang yang kena (tipu). Syarikat ni dari 2021 dah banyak kes rupanya. Kalini memang kena, rasa macam tempat sama saya pernah kena sebelum ni.

Abby nampaknya tekad untuk tidak berdiam diri lagi dan akan lawan habis-habisan.

Pssttt! Bila berniaga, kita memang kena banyak bersabar tapi bila dah bayar penuh dan janji tak ditepati, memang tak salah pun untuk tuntut hak sendiri. Dalam kes Abby Abadi ni, kita boleh lihat betapa pentingnya telus dan amanah dalam urusan perniagaan, lebih-lebih lagi bila melibatkan wang pelanggan.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas