Trending
Isteri Fikry Ibrahim Akhirnya Fail Cerai Lepas 4 Bulan Kahwin Undang Perhatian Ramai
Rumah tangga pelakon terkenal, Fikry Ibrahim, nampaknya sedang bergolak hebat apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini untuk prosiding kes perceraian.
Menurut laporan Oh Bulan, Khalizah yang tampil berpakaian serba hitam dan memakai pelitup muka, tiba sekitar jam 9.40 pagi ditemani peguam syarie, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib.
Bagaimanapun, Fikry tidak kelihatan langsung sehingga jam 10 pagi, meskipun prosiding dikhabarkan dijadualkan bermula jam 9 pagi di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin.
Rumah tangga Fikry Ibrahim goyah sejak Mei?
Hubungan pasangan ini dikatakan mula retak sejak Mei lalu selepas timbul khabar angin bahawa mereka sudah mula hidup berjauhan dan tidak sehaluan.
Untuk rekod, Fikry dan Khalizah berkahwin pada 12 Januari lalu dalam satu majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di Kedah. Ini juga merupakan perkahwinan kedua buat Khalizah.
Netizen berteka-teki, apa sebenarnya berlaku?
Sehingga kini, punca sebenar keretakan hubungan mereka masih menjadi tanda tanya. Ramai peminat turut terkejut kerana perkahwinan mereka baru sahaja menjangkau enam bulan.
Ada juga yang tertanya-tanya mengapa Fikry tidak hadir ke mahkamah pagi tadi. Adakah ini petanda hubungan mereka benar-benar sudah sampai ke penghujung?
Pssttt! Perkahwinan bukan sekadar majlis indah di awal perjalanan, tapi memerlukan kesetiaan, komunikasi dan komitmen yang berterusan. Jangan pernah ambil ringan bila ada masalah dalam hubungan, selesaikan dengan matang, bukan sembunyi.
Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM