Connect with us

Oh! Media

Khaby Lame Didakwa Ditahan Di Amerika Syarikat

Ohmedia khaby lame ditahan as

Oh! Artis

Khaby Lame Didakwa Ditahan Di Amerika Syarikat

Tular dakwaan Khaby Lame ditahan pihak imigresen AS. Tiada pengesahan rasmi setakat ini.

Internet kecoh sejak semalam bila muncul dakwaan bahawa bintang TikTok paling popular dunia, Khaby Lame, telah ditahan oleh pihak Imigresen dan Kastam AS (ICE) di Las Vegas.

Namun sehingga kini, belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa atau wakil Khaby sendiri.

Siapa yang dakwa Khaby Lame ditahan?

Dakwaan ini mula disebarkan oleh aktivis konservatif, Bo Loudon, di platform X. Katanya, Khaby masuk ke Amerika tanpa izin dan kini ditahan di Pusat Tahanan Henderson, Nevada.

IKLAN

Loudon siap kongsi tangkap layar dari laman pencarian tahanan ICE yang dikatakan memaparkan nama Khaby. Beberapa media antarabangsa yang cuba menyemak sendiri laman tersebut mendakwa tidak menjumpai rekod penahanan rasmi atas nama Khaby Lame.

Maknanya, wujud kemungkinan besar dakwaan ni palsu atau belum dapat disahkan lagi. Semakan bebas oleh beberapa media antarabangsa tidak menemui sebarang rekod rasmi penahanan melalui laman tersebut.

Pihak ICE & DHS masih berdiam diri…

Pihak Imigresen dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (DHS) masih belum beri sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan ini.

Wakil Khaby pun tak jawab pertanyaan media buat masa ni. Jadi, semuanya masih samar. Khaby Lame, 24, ialah pencipta kandungan asal Senegal yang membesar di Itali dan kini pegang kerakyatan Itali.

Dia terkenal dengan gaya video tanpa suara yang menyindir aksi rumit di TikTok. Dengan lebih 162 juta pengikut, Khaby kini pemilik akaun TikTok paling ramai follower di dunia!

Antara pencapaian lain, dia pernah masuk senarai Forbes 30 Under 30 dan dilantik sebagai Duta Muhibah UNICEF awal tahun 2025.

Pssttt! Bila seseorang setaraf Khaby Lame terpalit dengan dakwaan macam ni, memang cepat tular dan penuh spekulasi. Tapi sebelum kita buat kesimpulan sendiri, lebih baik tunggu kenyataan rasmi. Dunia maya ni, separuh berita boleh jadi ilusi. Kita tunggu yang sahih, jangan cepat menghukum.

Kredit: Aplikasi X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas