Oh! Islam
Menteri Agama Beri Amaran Isu 63 Rakyat Malaysia Diusir
63 rakyat Malaysia diusir dari Makkah kerana visa haji tak sah. Menteri beri amaran.
Menteri agama dah bagi amaran tu! Isu visa haji palsu kembali jadi perhatian bila seramai 63 rakyat Malaysia diusir dari Makkah ke Jeddah selepas dikesan masuk tanpa permit sah.
Perkara ini mendapat perhatian serius dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Tabung Haji belum terima aduan rasmi lagi…

Menurut beliau, Tabung Haji (TH) setakat ini belum menerima sebarang aduan rasmi dari individu yang terlibat, walaupun perkara ini dah dilaporkan oleh pihak kedutaan dan konsulat.
Saya sendiri sudah bercakap dengan Pengerusi Tabung Haji dan pegawai-pegawai TH yang berada di Tanah Suci. Setakat ini belum ada aduan rasmi yang diterima mereka.
Walaupun belum ada laporan rasmi, beliau tetap mengingatkan semua rakyat Malaysia supaya ikut peraturan kerajaan Arab Saudi, terutamanya masa musim haji.
Namun saya tetap ingin mengingatkan rakyat Malaysia agar mematuhi setiap peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi terutama ketika musim haji.
Hukuman berat kalau degil…

Kesalahan buat haji guna visa tak sah ni bukan perkara kecil. Individu yang melanggar peraturan boleh dikenakan denda sehingga SAR100,000 (RM113,000), diusir dan disenarai hitam selama 10 tahun dari memasuki Arab Saudi.
Apa yang menakutkan, kalau rakyat Malaysia terus langgar peraturan, kuota haji negara kita pun boleh terjejas. Menteri dedahkan ada negara lain yang dah kena ‘gam’ terus!
Kerajaan Arab Saudi pernah menyenarai hitam 14 negara kerana terlalu banyak pelanggaran visa. Tak mustahil kita juga bakal berdepan nasib sama.
Pssttt! Ibadah haji bukan hanya tentang niat, tapi juga tentang kepatuhan kepada syariat dan undang-undang. Jangan kerana jalan pintas, kita hilang peluang seumur hidup dan jejaskan masa depan jemaah Malaysia yang lain. Haji bukan medan nak ‘pandai-pandai’, buat ikut saluran sah, barulah tenang hati dan terpelihara maruah negara.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM