Connect with us

Oh! Media

“Kepada Penyondol Boleh Dah Jadi Nombor Satu” – Tak Sanggup Bermadu, Pelakon Terkenal Sah Bercerai

Ohmedia pelakon

Oh! Artis

“Kepada Penyondol Boleh Dah Jadi Nombor Satu” – Tak Sanggup Bermadu, Pelakon Terkenal Sah Bercerai

Sembilan tahun membina rumah tangga akhirnya menemui titik noktah. Itu yang dilalui oleh pelakon popular, Farisha Irwayu apabila mengesahkan telah sah bercerai dengan suaminya, Tuan Asmawi Tuan Umar.

Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon drama ini berkata perpisahan yang berlaku pada 13 Mei 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di atas persetujuan bersama.

Farisha Irwayu sah cerai secara fast track

Pelakon

Kini, dia sedang melalui tempoh edah selama tiga bulan yang bermula pada malam sebelum tarikh penceraian itu diumumkan.

IKLAN

Saya bukan lagi isteri kepada Tuan Asmawi Tuan Umar. Kami telah pun bercerai secara fast track dengan talak satu dijatuhkan ke atas saya atas persetujuan bersama. Maka bermulalah edah saya selama 3 bulan mulai semalam.

Doakan kebahagiaan bekas suami, sindir ‘penyondol’

Farisha Irwayu

Pelakon ini sempat mengucapkan selamat pengantin baru kepada bekas suami dan menyindir penyondol yang bakal menjadi isteri pertama selepas ini.

Selamat pengantin baru saya ucapkan buat bekas suami saya Tuan Asmawi Tuan Umar. Moga berbahagia hingga ke anak cucu. Amin YRA. Kepada penyondol boleh dah jadi nombor satu sebab awak bukan yang kedua sekarang ni. Dah boleh register pernikahan kalian selepas saya habis edah.

Farisha turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang tidak pernah berhenti memberi sokongan moral sepanjang tempoh penuh suka dan duka ini.

Dia berharap agar selepas pengumuman ini, tiada lagi fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2016 dan perkahwinan itu berakhir pada 13 Mei 2025.

Pssttt! Jodoh itu rahsia Allah. Kadangkala, walau sudah bertahun bersama, jika takdir berkata tidak, maka perpisahan jadi jalan terbaik.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas