Oh! Negara
Tragedi Hitam! 8 Anggota FRU Maut Dalam Nahas Ngeri Di Teluk Intan
Teluk Intan dikejutkan dengan berita tragis pagi ini apabila lapan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilaporkan maut dalam satu kemalangan jalan raya yang mengerikan.
Insiden berlaku di Jalan Chikus-Sungai Lampam sekitar jam 8.30 pagi tadi.
Nahas libatkan lori muatan batu dan kenderaan FRU…

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon, kemalangan membabitkan sebuah lori yang membawa muatan batu dan sebuah kenderaan FRU yang ketika itu sedang membawa 15 anggota termasuk pemandu.
Setakat ini saya boleh mengesahkan bahawa lapan orang meninggal dunia dan operasi menyelamat masih dijalankan.
Mangsa lain cedera, operasi masih dijalankan…


Beberapa mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut.
Beberapa mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan, namun operasi masih diteruskan.- Katanya.
Setakat ini, butiran lanjut mengenai identiti mangsa masih belum didedahkan, dan pasukan penyelamat masih meneruskan kerja-kerja mencari serta menyelamat di lokasi kejadian.

Pssttt! Satu kehilangan besar buat pasukan keselamatan negara. Mereka keluar bertugas demi keamanan, tapi pulang sebagai wira yang gugur dalam tragedi. Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Hargailah setiap pengorbanan anggota keselamatan kita. Mereka pergi meninggalkan tangisan, kita teruskan perjuangan dengan kenangan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM