Connect with us

Oh! Media

Pelajar MRSM Pengkalan Chepa Cemerlang SPM Akan Ditaja MARA Hingga Luar Negara

Ohmedia mara bantu pelajar miskin cemerlang mrsm

Oh! Negara

Pelajar MRSM Pengkalan Chepa Cemerlang SPM Akan Ditaja MARA Hingga Luar Negara

Tersentuh dengan kisah seorang pelajar miskin dari MRSM Pengkalan Chepa yang tidak dapat hadir mengambil keputusan SPM kerana kekangan kewangan, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tampil dengan satu janji besar.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Dr Asyraf meluahkan rasa sedih selepas mendapat tahu tentang nasib pelajar tersebut yang juga anak yatim.

Pilu mendengar kisah pelajar yatim dan miskin 9A MRSM Pengkalan Chepa tak pergi ambil keputusan SPM sebab kekangan wang. MARA akan tanggung pelajar ini sampai universiti hatta ke luar negara.- Katanya.

Beliau berjanji MARA akan menaja penuh pendidikan pelajar berkenaan sehingga ke peringkat pengajian tinggi, termasuk peluang belajar di luar negara.

IKLAN

Program khas MARA untuk pelajar miskin tapi cemerlang…

Image

Dalam usaha memperluaskan peluang kepada lebih ramai pelajar, Asyraf turut mengarahkan Ketua Pengarah MARA untuk mengumpulkan semua pelajar cemerlang dari MRSM seluruh Malaysia, khususnya penerima bantuan pendidikan BUDI.

InsyaAllah, saya sudah arahkan Ketua Pengarah MARA untuk kumpulkan segera semua pelajar cemerlang MRSM seluruh Malaysia termasuklah penerima bantuan pendidikan MARA (BUDI) dikalangan pelajar miskin tegar yang dapat straight A’s untuk saya bertemu.- Jelas beliau.

Tambahnya lagi, satu program khas akan diadakan bagi menerangkan peluang-peluang pendidikan yang ditawarkan MARA dalam bidang strategik yang memenuhi keperluan kerjaya masa depan.

Komitmen MARA bimbing pelajar kurang bernasib baik…

Image

Menurut Dr Asyraf, MARA akan terus komited membimbing pelajar-pelajar kurang bernasib baik untuk berjaya dalam bidang akademik dan kerjaya, seterusnya mengubah nasib keluarga mereka.

Beliau tekad untuk menggalas amanah ini dengan penuh tanggungjawab demi membela lebih ramai anak bangsa yang sebelum ini dinafikan peluang kerana kekangan kewangan.

Image

Pssttt! Kisah ini benar-benar membuka mata kita bahawa dalam dunia serba mencabar ini, bakat dan potensi perlu diberi peluang tanpa mengira latar belakang. Semoga lebih banyak pihak tampil membantu melahirkan generasi cemerlang untuk masa depan negara.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas