Connect with us

Oh! Media

Suami Akhirnya Bersuara Selepas Abby Abadi Dikecam Teruk

Abby Abadi Faizal Aslam Marissa

Trending

Suami Akhirnya Bersuara Selepas Abby Abadi Dikecam Teruk

Walaupun dihujani dengan pelbagai kecaman dan kontroversi, suami kepada pelakon dan penyanyi Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria tampil menunjukkan sokongan padu dan cinta tidak berbelah bahagi terhadap isterinya itu.

Menerusi Threads, Faizal dengan tenang menegaskan bahawa dia akan terus setia di sisi Abby, tak kira apa yang berlaku.

Biarlah sayangku Abby Abadi kalau orang nak kecam ke, kutuk atau kata macam-macam.

Saya tetap bersama sayang hingga akhir hayat saya.

Impian hidup tua bersama di Makkah

3bf1810b a215 4893 a3be 858a7d00cd3e

Dalam luahannya yang cukup menyentuh hati, Faizal turut menyuarakan impian untuk hidup tenang bersama Abby di Tanah Suci Makkah satu hari nanti.

IKLAN

Bila dah tua nanti dan nampak macam tak ada yang peduli kita, kita duduk pondok, rumah orang tua atau kita pindah duduk Makkah.

Ingat, saya sentiasa ada bersama sayang, kasih sayang dunia akhirat.

Ucapan itu dilihat sebagai sokongan penuh dalam menghadapi apa sahaja ujian dalam kehidupan mereka sebagai suami isteri.

Abby Abadi Terus jadi tumpuan dalam isu keluarga

Abby Abadi

Terdahulu, Abby menjadi bualan hangat susulan kemelut yang tercetus antara beliau, anaknya Marissa Dania, menantunya Ahmad Aslam, serta isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan.

Walaupun dikecam dan diminta untuk memohon maaf, Abby kekal dengan pendiriannya dan menegaskan bahawa Aslam sepatutnya datang memohon maaf kepadanya terlebih dahulu.

Dalam rumahtangga, sokongan pasangan adalah kekuatan utama ketika diuji. Bila dunia tak faham kita, cukuplah kalau insan tersayang tetap berdiri bersama.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas