Connect with us

Oh! Media

Kakcik Yah Teruja Bakal Masak Bersama Khairul Aming

Kakcik Yah Khairul Aming

Trending

Kakcik Yah Teruja Bakal Masak Bersama Khairul Aming

Pencipta kandungan masakan tersohor, Kakcik Yah meluahkan rasa teruja dan berbesar hati apabila Khairul Aming menyatakan hasrat untuk berkolaborasi dengannya dalam video masakan sempena Ramadan tahun hadapan.

Menurut laporan Astro Gempak, Kakcik Yah atau nama sebenarnya Nariah Ahmad yang berusia 74 tahun itu amat tersentuh apabila mengetahui niat baik dari pempengaruh masakan popular itu.

Saya seronok bila dapat tahu yang dia pun teringin nak berkolaborasi dengan saya. Sebab saya pun tengok juga video masakan Khairul Aming di TikTok.

Resepi ayam Khairul Aming pernah jadi pilihan Kakcik Yah

Img 3200

Bukan sekadar kagum dari jauh, Kakcik Yah turut mendedahkan dia pernah mencuba beberapa resipi yang dikongsikan oleh Khairul Aming, terutama yang berasaskan ayam.

IKLAN

Saya pernah buat resipi Khairul Aming yang berasaskan ayam dan ianya menjadi. Sedap juga resipi tu sebenarnya.

Harap kolaborasi dapat jadi kenyataan

Img 3201

Bukan tu jer, Kakcik Yah berharap agar impian untuk bergabung tenaga dalam satu video bersama Khairul Aming bakal menjadi realiti tidak lama lagi.

Insya-Allah, Khairul Aming boleh datang ke rumah saya di Pulau Pinang ini.

Untuk info, Kakcik Yah mula aktif di TikTok sejak 2022 dan popular sepanjang Ramadan lalu kerana video masakan tradisionalnya yang penuh nilai nostalgia.

Gabungan generasi seperti Kakcik Yah dan Khairul Aming bukan saja menghiburkan, tapi juga melestarikan warisan masakan kita!

Kredit: Astro Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas