Connect with us

Oh! Media

Ahli Perniagaan Bergelar Datuk Bayar RM12 Juta, Selesai Isu Cukai

Ohmedia sprm

Oh! Negara

Ahli Perniagaan Bergelar Datuk Bayar RM12 Juta, Selesai Isu Cukai

Satu demi satu pendedahan mengejutkan! Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang cukup dikenali dalam dunia hiburan kini menjadi perhatian selepas membuat bayaran tambahan sebanyak RM4 juta kepada pihak berkuasa, menjadikan keseluruhan bayaran mencecah RM12 juta untuk menyelesaikan isu cukai tertunggak.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa bayaran itu adalah sebahagian daripada hasil siasatan kes pengelakan cukai melibatkan individu berprofil tinggi tersebut.

Lelaki itu telah membayar RM12 juta termasuk kompaun RM8 juta dan tambahan RM4 juta bagi cukai tertunggak.- Jelas Azam.

Difahamkan, ahli perniagaan terbabit sebelum ini turut disiasat pada 24 Julai 2023 dalam kes lain melibatkan pengubahan wang haram, rasuah serta penyeludupan barangan terlarang.

IKLAN

SPRM rampas dan sita harta…

Rasuah

Rampasan yang dibuat pihak berkuasa dalam siasatan itu bukan calang-calang. SPRM berjaya menyita wang tunai bernilai RM38 juta, kira-kira 200 kilogram emas bernilai RM60 juta, serta 17 buah kereta mewah antaranya Maserati, Ferrari dan Mercedes-Benz!

Walaupun disiasat secara menyeluruh, Azam turut menjelaskan bahawa buat masa ini, lelaki berkenaan tidak lagi akan disiasat atas kes lain, sebaliknya hanya untuk kes pengelakan cukai.

Tegas beliau, SPRM sentiasa bersikap terbuka dan tidak akan sewenang-wenangnya mengklasifikasikan mana-mana kes sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) tanpa siasatan menyeluruh.

#ApaKataOhmedia

Isu ini wajar dijadikan pengajaran kepada semua, lebih-lebih lagi golongan berpengaruh dan berada. Elakkan daripada cuba ‘main api’ dengan undang-undang, kerana lambat laun, semuanya akan terbongkar.

Bayaran jutaan ringgit dan kemewahan bukanlah tiket untuk bebas dari undang-undang. Sentiasalah telus dalam urusan kewangan dan pastikan cukai yang dikenakan dibayar sewajarnya.

Kredit: Harian Metro
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas