
Trending
Dikritik ‘Low Class’ Gara-Gara Sindir Bekas Suami, Cik Epal Enjoy Jadi Diri Sendiri
Pempengaruh media sosial, Cik Epal sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik ucapan kontroversi sempena perkahwinan bekas suaminya, Jofliam semalam.
BACA: “Tak Payah Menyalak Macam Anj*ng” – Michael Ang Tuduh Cik Epal Tak Move Lepas Kena Cerai
Ada segelintir netizen mengkritik Cik Epal sebagai orang dengan mentaliti ‘low class’ kerana masih menyindir walaupun sudah lama berpisah.
Cik Epal dikritik tak ada ‘class’ gara-gara posting ini?

Tanpa berselindung dan tetap dengan gaya ‘gonjeng’ yang menjadi identitinya, Cik Epal tampil mempertahankan diri dengan penuh yakin dan ‘straight to the point’.
Tampil pertahankan diri
Dalam satu hantaran di Instagram, Cik Epal menegaskan bahawa dia tidak pernah perlukan pengesahan sesiapa untuk dilihat sebagai seseorang yang “classy”.

Baginya, menjadi diri sendiri jauh lebih penting daripada hidup dalam kepura-puraan hanya untuk memuaskan hati orang lain.
Apa yang menarik perhatian netizen ialah bagaimana Cik Epal memilih untuk terus berdiri teguh sebagai dirinya sendiri, walaupun dikecam atau dibenci.
Malah katanya, dia lebih rela dibenci kerana jujur jadi diri sendiri daripada disukai hanya kerana berlakon baik depan orang ramai.
Tambahnya lagi, dia bukan jenis yang akan berpura-pura hanya untuk disukai dan menyarankan netizen untuk menyukai orang yang bersesuaian dengan diri mereka.
#ApaKataOhmedia
Tak salah untuk jadi versi terbaik diri sendiri, asalkan bukan versi hipokrit semata-mata nak raih pujian. Jadi diri sendiri itu jauh lebih berharga dari sekadar nampak “classy” di mata dunia.
Dalam isu ini, mungkin disebabkan Cik Epal seorang pempengaruh terkenal jadi apa yang dilakukan sentiasa menjadi perhatian ramai.
