Trending
Reda Wings Ada Vokalis Baru, Datuk Awie Mahu Perlahankan Kerjaya Seni
Penyanyi rock lagenda, Datuk Awie mendedahkan bahawa dia merancang untuk memperlahankan kerjaya seni dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Menurut laporan mStar, vokalis Wings ini tetap mahu memastikan penggantinya benar-benar berkemampuan untuk meneruskan legasi kumpulan yang sudah 40 tahun bertahan dalam industri seni.
Awie mahu pilih pengganti yang sesuai

Menurut Awie, dia sendiri akan menilai calon vokalis baru untuk memastikan keserasian dengan Wings.
Saya tidak ada masalah jika ada penyanyi baru… saya reda. Jika lebih baik, boleh diteruskan.
Perkara ini dikongsikan Awie dalam majlis berbuka puasa anjuran syarikatnya, Rumah Produksi Merah, yang berlangsung di Petaling Jaya pada Khamis.
Fokus pada keluarga dan kerja belakang tabir

Walaupun bakal mengurangkan aktiviti nyanyian, Awie menegaskan bahawa dia tidak akan terus bersara dari bidang seni.
Sebaliknya, dia ingin lebih fokus pada kerja belakang tabir serta meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.
Saya tak boleh berhenti menyanyi sebab itu adalah rezeki. Mungkin saya akan kurangkan aktiviti seperti konsert untuk diri sendiri.
Awie turut mengakui bahawa selama ini masa untuk keluarga agak terbatas, dan dia mahu berehat sebelum kesihatan terganggu.
Berat hati ini namun buat masa sekarang itulah yang saya fikirkan.
#ApaKataOhmedia
Keputusan Awie ini menunjukkan betapa pentingnya keseimbangan antara kerjaya dan keluarga. Kadangkala, kita perlu berhenti sejenak untuk menikmati waktu bersama orang tersayang sebelum terlambat!

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM