Connect with us

Oh! Media

ERA FM Terselamat! MCMC Tak Gantung Lesen, Tapi Ada Denda RM250,000

Ohmedia mcmc Era Fm

Trending

ERA FM Terselamat! MCMC Tak Gantung Lesen, Tapi Ada Denda RM250,000

Kecoh baru-baru ini bila timbul isu mengenai penggantungan lesen pengendali radio popular Era FM oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

BACA: ERA FM Berdepan Penggantungan Lesen? MCMC Keluarkan Notis Susulan Isu Hina Agama

Namun, selepas rayuan dibuat oleh Maestra Broadcast Sdn Bhd, keputusan akhirnya berpihak kepada mereka apabila MCMC menarik balik niat menggantung lesen tersebut.

IKLAN

Tak jadi gantung lesen, tapi ada hukuman lain

Jelasnya, keputusan dibuat selepas MCMC meneliti hujah rayuan yang dibuat Maestra Broadcast Sdn Bhd. Antara faktor yang menjadi pertimbangan adalah tindakan susulan yang dibuat syarikat pemegang lesen, permohonan maaf oleh pihak terbabit serta kesan pergantungan lesen kepada stesen radio di bawah syarikat sama.

Astro

Namun Maestra Broadcast Sdn Bhd tetap dikenakan kompaun sebanyak RM250,000 atas kesalahan memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM.

Hukuman ini dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selepas mendapat kelulusan daripada Jabatan Peguam Negara.

Ohmedia mcmc Era Fm

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: MCMC


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas