Oh! Tidak
Kes Kecurian RM300,000: Dua Pegawai Polis Ditahan Bantu Siasatan
Dua pegawai polis kini ditahan untuk membantu siasatan dalam kes kecurian melibatkan jumlah wang yang cukup besar, RM300,000!
BACA: Ketua Polis KL Sahkan 31 Anggota Termasuk Pegawai Dibuang Kerja
Memetik laporan Sinar Harian, dua anggota terbabit berpangkat Inspektor dan Koperal masing-masing berumur 44 tahun dan 34 tahun.
Pegawai berpangkat Inspektor dan Koperal ditahan

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, kertas siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan telah dibuka pihaknya.
Malah, perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah telah dipohon pada Ahad dan telah dibenarkan selama satu hari.
Polis mohon jangan buat spekulasi

Datuk Rusdi turut meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
Kes masih dalam siasatan dan pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Jelas beliau lagi, pihaknya memandang serius kejadian ini dan akan menjalankan siasatan secara telus.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian