Connect with us

Oh! Media

Jack Ma Tiba-Tiba Muncul Semua Selepas 5 Tahun Menghilang

Ohmedia jack ma muncul semula

Oh! Tidak

Jack Ma Tiba-Tiba Muncul Semua Selepas 5 Tahun Menghilang

Kemunculan semula bilionair terkenal, Jack Ma, dalam satu acara bersama Presiden China, Xi Jinping, telah mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan CCTV, Jack Ma tidak disenaraikan sebagai peserta rasmi acara tersebut, yang turut dihadiri oleh CEO syarikat gergasi teknologi termasuk Huawei, BYD, Tencent, dan DeepSeek. Kehadirannya dilihat sebagai satu petanda pemulihan hubungan dengan kerajaan selepas sekian lama menyepi.

Jack Ma hilangkan diri selepas ditekan kerajaan China…

Image

Sebelum ini, Jack Ma terkenal dengan kelantangannya mengkritik sistem kewangan China, yang akhirnya menyebabkan IPO bernilai AS$37 bilion (RM164.5 bilion) oleh Kumpulan Ant dihentikan pada 2020.

IKLAN

Sejak insiden tersebut, beliau memilih untuk menjauhkan diri dari perhatian media dan berpindah-randah ke beberapa negara, dilaporkan bermastautin di luar China untuk tempoh yang panjang.

Image

Namun, pada minggu lalu, Ma dilihat mula kembali ke pentas perniagaan dengan mengunjungi pasar raya milik Alibaba di Hunan, diikuti lawatan ke pejabat aplikasi e-dagang Xianyu di Hangzhou.

Adakah ini menandakan kembalinya Jack Ma ke arena perniagaan China, atau sekadar satu langkah simbolik? Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut.

#ApaKataOhmedia

Dalam dunia perniagaan, kejatuhan dan kebangkitan adalah perkara biasa. Macam Jack Ma ni rasanya kalau jatuh pun tak terasa sebab masih antara individu terkaya dunia. Jack Ma! Ada kerja kosong tak?

Ohmedia jack ma muncul semula

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas