Connect with us

Oh! Media

Thalita, Anak Shuib Dituduh ‘Over’ Menangis Ketika Persembahan Marsha

Ohmedia thalita anak shuib ajl

Oh! Artis

Thalita, Anak Shuib Dituduh ‘Over’ Menangis Ketika Persembahan Marsha

Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39 baru sahaja melabuhkan tirai tetapi yang menjadi perhatian bukan sahaja kemenangan lagu ‘Hening Rindu’ nyanyian Marsha Milan, malah reaksi anak kepada pelawak Shuib iaitu Thalita, yang menangis ketika persembahan penyanyi itu turut menjadi bualan.

Tindakan Thalita yang sebak telah mencetuskan perdebatan di media sosial, dengan ada yang menyokong dan ada juga yang mengecam.

Netizen persoal kamera tunjuk muka Thalita menangis…

Thalita

Menerusi beberapa hantaran di X, ada yang mempertikaikan keputusan pihak produksi yang menayangkan wajah Thalita yang sedang menangis di kaca TV. Seorang pengguna dengan nama @akugewemung meluahkan rasa tidak puas hati kerana merasakan fokus utama sepatutnya diberikan kepada persembahan Marsha.

IKLAN
Image

Seorang lagi pengguna dengan nama @afiq_muqri pula secara ringkas menyifatkan reaksi Thalita sebagai berlebihan dengan komen, “Overlah anak Shuib”.

Image

Tak sepatutnya persoalkan perkara remeh seperti ini…

BACA: Lagu Hening Rindu Nyanyian Marsha Milan Dinobat Sebagai Juara AJL 39

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju bahawa wajah Marsha sahaja yang sepatutnya mendapat perhatian ketika persembahan berlangsung.

Namun, tidak kurang juga yang mempertahankan Thalita, dengan alasan lagu yang dibawakan oleh Marsha mungkin telah menyentuh emosinya kerana ia mengingatkannya kepada arwah ibunya, Siti Sarah.

Image
Image

Dalam satu perkongsian di Instagram, Shuib turut berkongsi bahawa anaknya itu sempat bertemu dan memeluk Marsha sebelum pulang awal kerana perlu bersekolah pada keesokan harinya.

Sorry tau Thalita kena balik awal sebab esok sekolah. Sampai rumah baru tahu Auntie (Marsha) menang AJL 39. Tahniah!.- Tulis Shuib.

Thalita

#ApaKataOhmedia

Korang, tak salah pun kalau seseorang itu menunjukkan emosi, lebih-lebih lagi apabila sesuatu perkara menyentuh perasaan mereka. Dalam kes Thalita, mungkin lagu Marsha membawa makna yang mendalam buatnya dan reaksi sebegitu adalah normal.

Sebelum kecam seseorang, cuba fahami dulu latar belakang situasi tersebut. Kita tak tahu apa yang orang lain sedang lalui.

Ohmedia thalita anak shuib ajl

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Aplikasi X | Shuib


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas