Connect with us

Oh! Media

Eda Ezrin Dan Suami Tiba Di Mahkamah Narathiwat, Anak-Anak Jerit, “Papa..Mama…”

ohmedia hafizal om featured new 1200x675

Oh! Artis

Eda Ezrin Dan Suami Tiba Di Mahkamah Narathiwat, Anak-Anak Jerit, “Papa..Mama…”

Penyanyi terkenal dari Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, dilihat tiba di Mahkamah Narathiwat, Thailand, pada pagi Jumaat bagi meneruskan perbicaraan kes dadah yang sedang dihadapinya.

Suasana di luar mahkamah bertukar sebak apabila anak-anaknya menjerit memanggil Papa.. Mama sebaik sahaja trak yang membawa ibu bapa mereka melintas di hadapan mahkamah.

Walaupun hanya dapat melihat dari sebalik jaringan trak, kanak-kanak itu kelihatan gembira dapat melihat ibu bapa mereka dari dekat.

IKLAN

Perbicaraan bersambung, Eda Ezrin akan beri keterangan..

img 2393

Eda Ezrin tiba di mahkamah bersama suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35, dan empat lagi rakan mereka sekitar jam 9.13 pagi.

Penyanyi itu dijangka memberi keterangan berhubung dua pertuduhan mengambil dadah serta memiliki 6,059 biji pil kuda.

Sebelum ini, pada hari Khamis, suaminya bersama dua tertuduh lain, Mohamad Alif Deraman, 33, dan Nur Aida Mamat, 33, telah selesai memberikan keterangan di mahkamah.

Sementara itu, pada hari Jumaat, selain Eda Ezrin, dua lagi tertuduh iaitu Zuhaira Nasrin, 36, dan Erdieka Mohd Noor, 33, turut dijadualkan memberikan keterangan masing-masing.

#ApaKataOhmedia

Tiada siapa yang mahu terlibat dalam masalah undang-undang, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan keluarga dan anak-anak. Setiap keputusan yang kita buat dalam hidup pasti akan memberi kesan kepada orang tersayang.

Oleh itu, berhati-hatilah dalam memilih jalan hidup dan jauhi perkara yang boleh memudaratkan diri serta keluarga. Semoga kes ini dapat dijadikan pengajaran buat semua.

ohmedia hafizal om featured new 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas