Connect with us

Oh! Media

Da’i Syed Nafi Digam, Buktikan Muncul Dalam Filem Dajal

Ohmedia dai syed digam

Oh! Artis

Da’i Syed Nafi Digam, Buktikan Muncul Dalam Filem Dajal

Selepas terpalit kontroversi dan isu mahkamah, pelakon dan pendakwah bebas, Da’i Syed, mengakui bahawa dia sudah lama tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

Bagaimanapun, selepas lama menyepi, Syed dilihat muncul dalam filem Dajal arahan Pierre Andre.

Alhamdulillah, filem ini adalah pembuka rezeki buat saya bagi tahun 2025. Sejujurnya, saya memang tiada tawaran kerja sebelum ini.- Katanya.

Menurutnya, peluang ini sangat bermakna kerana sebelum ini dia bergelut dengan kehidupan tanpa sebarang tawaran dalam industri seni.

IKLAN

“Saya tumpang rezeki anak dan isteri…”- Da’i Syed.

Da'i syed

Dalam satu temu bual, Da’i Syed berterima kasih kepada pihak MIG dan pengarah yang memberinya peluang ini.

Mungkin ini juga rezeki anak dan isteri saya. Saya hanya menumpang rezeki mereka. Kalau orang takut, takkan MIG nak ambil saya?

Saya pun tak pasti digam atau tidak. Kena tanya kepada pengarah atau produser.- Katanya.

Walaupun begitu, dia tetap membuka pintu untuk menerima tawaran dalam bidang lakonan jika ada rezeki yang datang.

Baginya, apa sahaja tawaran yang datang, dia akan melakukannya dengan penuh profesionalisme. Apapun, Syed tetap bersyukur kerana telah menerima tawaran daripada Allah untuk melihat anaknya membesar depan mata.

Untuk rekod, pada Ogos lalu, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Seksyen Shah Alam selepas didapati bersalah merogol seorang wanita lima tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas dimasukkan selama 21 hari di Penjara Kajang, mahkamah membenarkan permohonan peguamnya untuk dibebaskan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Ohmedia dai syed digam

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas