Oh! Artis
Imran Bard Didakwa Normalisasi Konten Gay, Penceramah Bebas, Akhi Fairuz Turut Bersuara
Pada
Oleh
Imran Bard buat apa lagi ni? Sebelum ni Imran dikecam sebab bagi anak babi minum susu dan kali ni dia dikecam sebab buat konten video seakan mempromosikan golongan gay.
Perkara ini turut mendapat perhatian penceramah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang menyatakan kerisauan tentang masa depan generasi akan datang. Katanya, normalisasi kepada LGBT ini akan datang secara perlahan-lahan tanpa kita sedar dan suatu hari nanti kita akan lihat makin ramai mempertahankan golongan ini.

Normalisasi kepada LGBT ni dia datang pelan-pelan. Bukan tiba-tiba ia berlaku. Sikit-sikit jadi. Bila ramai backup dan support, maka contect creator akan kerap menghasilkan video sedemikian rupa. Views naik, komen mencanak, engagement tinggi.
Tapi takkanlah tanggungjawab sosial kepada pengikut (followers) langsung tak diambil kira? Sudahlah kes LGBT mencanak naik, kes HIV yang makin meningkat dalam kalangan remaja belia, namun di sosial media gejala dijulang oleh pempengaruh dan menjadikan ia bahan lawak? Sekadar konten? Gurauan?- Soalnya.

Akhi Fairuz bagaimanapun percaya Imran Bard adalah seorang budak yang baik dan menasihatkannya untuk ubah konten ke arah yang lebih baik.
Aku faham Imran ni bukan budak jahat. Dia budak baik. Pernah sekalitu dia hangin juga bila ada komen kata dia gay. Panjang dia membebel bila komen tu muncul.
Tapi iyalah, bila kerap sangat buat POV jadi perempuan (walau tak berpakaian perempuan), POV jadi emak-emak, POV tergila-gilakan lelaki handsome, maka tak pelik orang tuduh beliau sebegitu.
Nasihat aku pada Imran, ubahlah konten. Tak perlu kot buat video-video sebegini. Rugi followers berjuta-juta tapi tiada saham akhirat yang disemai.- Kongsinya.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Respon Sabronzo Dolla selepas foto corak seakan tatu di belakang badan jadi bualan netizen.
Shila Amzah mahu ada lebih masa dengan anak-anak.
Bella Astillah Dan Syed Saddiq sudah tetapkan tarikh kahwin dan direstui keluarga, namun tarikhnya masih dirahsiakan.
Rosmah saman Harith Iskander kerana dakwa dirinya dihina dalam persembahan komedi di Melaka.
Ejen inai dakwa pernah rugi selepas barang hangus terbakar dan luah rasa terkilan dengan layanan pihak...