Oh! Artis
Sesak Nafas Di Set Shooting, Zamarul Hisham Sah Alami Serangan Jantung Dan Masih Di ICU
Dalam perkembangan terkini, pelakon Zamarul Hisham disahkan mengalami serangan jantung menyebabkan dirinya sesak nafas ketika berada di set penggambaran Rabu lalu.
BACA: Zamarul Hisham Dikejarkan Ke ICU Akibat Sesak Nafas Ketika Penggambaran
Memetik laporan mStar, isterinya, yang juga seorang pelakon, Diana Rafar berkongsi berita tersebut selepas suaminya selesai menjalani prosedur angiogram pada Jumaat.
Zamarul kena serangan jantung, masih di ICU

Kini, pelakon berusia 54 tahun terbabit telah dipindahkan Hospital Port Dickson ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.
Namun, Zamarul masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan belum dibenarkan keluar.
Selepas melakukan prosedur angiogram semalam (Jumaat), doktor mengesahkan punca Zamarul sesak nafas itu disebabkan serangan jantung.
Diana bagaimanapun tidak boleh memberikan maklumat lanjut kerana masih belum bertemu dengan doktor pakar yang merawat suaminya.
Mohon doa orang ramai

Diana turut mengharapkan doa dan sokongan daripada peminat serta rakan-rakan industri agar suaminya diberikan kesembuhan segera.
Dia akan memaklumkan perkembangan terkini Zamarul dari semasa ke semasa menerusi perkongsian di media sosial.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM