Oh! Negara
PDRM Minta Pesawah Tunda Penyerahan Memorandum!
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan penyerahan memorandum oleh 1,000 pesawah yang dirancang di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya esok agar ditunda.
Menurut laporan Kosmo, perkara ini adalah kerana tarikh tersebut bertembung dengan lawatan rasmi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ke Malaysia.
Pihak PDRM menghormati hasrat para pesawah serta menasihatkan agar memilih tarikh lain bagi memastikan penyelarasan keselamatan berjalan lancar dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
PDRM menghormati hasrat para peserta kunjungan 1,000 pesawah, namun menasihati mereka supaya memilih tarikh dan waktu yang berlainan.
Fokus kepada keselamatan lawatan Tetamu Negara

Menurut Tan Sri Razarudin, lawatan Presiden Indonesia diberikan status Tetamu Negara, yang memerlukan kawalan keselamatan dipertingkatkan. PDRM juga telah mengambil langkah persediaan bagi memastikan lawatan tersebut bebas daripada sebarang ancaman.
Beliau turut menekankan bahawa langkah ini selaras dengan tanggungjawab PDRM di bawah Seksyen 3(3) Akta Polis 1967, iaitu menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
Nasihat ini bertujuan mengelakkan kesulitan kepada peserta pesawah dan juga prosedur keselamatan ketat yang perlu dipatuhi sepanjang lawatan rasmi ini.
PDRM ingatkan orang ramai

Dalam kenyataan itu, PDRM turut menyeru orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau ulasan yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.
#OhmediaNasihat
Dalam situasi melibatkan acara rasmi negara, kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan acara. Sentiasa utamakan keharmonian dan elakkan spekulasi yang tidak berasas.

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM