Connect with us

Oh! Media

Shahrol Shiro Buat Laporan Polis Terhadap Harith Iskander, Didakwa Hina Agama Islam!

Copy of Untitled Design   2

Oh! Artis

Shahrol Shiro Buat Laporan Polis Terhadap Harith Iskander, Didakwa Hina Agama Islam!

Bekas ahli kumpulan Shiro, Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali sebagai Shahrol Shiro telah membuat laporan polis terhadap pelawak Harith Iskander dan seorang individu bernama Cecella Yap Song KL. Apa kes?

Menurut laporan Sinar Harian, tindakan tersebut dilakukan selepas Shahrol mendakwa kedua-dua mereka telah memuat naik hantaran dan komen di media sosial yang disifatkan sebagai menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Harith Iskander & Cecella Yap, demi agamaku, repot polis ON.

“Jangan jadikan agama sebagai nahan lawak” – Shahrol Shiro

Sebelum laporan dibuat, Shahrol menyatakan rasa kesal terhadap tindakan Harith yang dikatakan membuka ruang untuk agama Islam dijadikan bahan senda gurau di media sosial.

IKLAN

Sebagai pelawak, tidak semua sudut pandang boleh dijadikan bahan lawak. Adakala kita patut lebih sensitif, lebih lagi melibatkan agama kita.

Shahrol menegaskan bahawa komen yang dibuat oleh pengikut Harith juga telah melampaui batas dan menuntut tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa.

Netizen sokong tindakan tegas Shahrol

Ohmedia img 7726

Hantaran Shahrol di Facebook menerima sokongan padu daripada netizen yang memuji tindakan beliau mempertahankan kesucian agama Islam. 

Ramai berharap isu ini dapat diselesaikan secara adil dan memberi pengajaran kepada pihak yang terlibat.

#OhmediaNasihat

Kebebasan bersuara datang dengan tanggungjawab. Hormatilah sensitiviti agama dan budaya, kerana apa yang dianggap lucu bagi sesetengah pihak mungkin melukakan hati orang lain.

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas