Connect with us

Oh! Media

Jakim Akhirnya Beri Jawapan Isu Sijil Halal Produk Sandwich ‘Ham And Cheese’

Copy of Untitled Design   2

Trending

Jakim Akhirnya Beri Jawapan Isu Sijil Halal Produk Sandwich ‘Ham And Cheese’

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan dakwaan bahawa bahan mentah dalam produk sandwich Ham and Cheese memiliki sijil halal yang sah.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Jakim iaitu Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata yang pemeriksaan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari lepas telah menemukan sesuatu.

BACA: Isu Sandwich ‘Ham And Cheese’, KK Super Mart Gantung Urus Niaga Pembekal Serta-Merta

IKLAN

Produk berkenaan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat yang menghasilkan produk tersebut juga bukan pemegang SPHM.

Dalam konteks pensijilan halal Malaysia, mana-mana produk tidak boleh diperihal halal dan ditanda halal tanpa pengesahan pihak berautoriti.

Salah guna sijil halal pembekal

Image

Jakim menjelaskan bahawa penggunaan sijil halal pembekal tidak melayakkan sesuatu produk diperakui halal.

  • Proses pengesahan halal perlu memenuhi standard dan prosedur pensijilan halal Malaysia yang meliputi aspek pengendalian, penyediaan, dan pemprosesan secara menyeluruh.
  • Tindakan undang-undang diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) ke atas syarikat berkenaan.

Pengusaha perlu cakna terhadap undang-undang halal supaya perkara seperti ini tidak berulang.

Kenyataan pengeluar sandwich sebelum ini

Kilang Sandwich

Terdahulu, syarikat Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendakwa bahan mentah seperti roti, keju, dan daging ayam yang digunakan dalam pembuatan sandwich itu mempunyai pensijilan halal.

Syarikat itu juga mengesahkan premis mereka telah disiasat oleh pegawai Jakim dan KPDN pada Jumaat lalu. Namun, hasil siasatan menunjukkan produk tersebut tidak mematuhi piawaian halal Malaysia.

#OhmediaNasihat

Pengguna perlu sentiasa berhati-hati dan memastikan sesuatu produk memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah sebelum membeli. Jangan mudah percaya pada label halal tanpa pengesahan rasmi. Jika ragu-ragu, buat semakan dengan Jakim melalui laman sesawang atau aplikasi Halal Malaysia.

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas