Oh! Artis
Pasangan Hello Kitty Kembali Rujuk, Kini Bangkit Bersama Majukan Perniagaan
Ramai yang terkejut apabila usahawan kosmetik terkenal, Yus Amina Mohd Zawizah atau lebih mesra disapa Afina, mengumumkan perpisahannya dengan suami, Mohd Afizi Mohd Nasir, pada Mei lalu.
Namun begitu, jodoh mereka masih kuat apabila pasangan ini kembali rujuk hanya selepas 23 hari bercerai.
Afina, yang terkenal dengan tema baju raya kartun bersama keluarga, berkongsi bahawa hubungan mereka kini semakin baik selepas rujuk pada 5 Jun lalu. Mereka sering berbincang untuk memperbaiki rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.
Alhamdulillah, kami sama-sama buat kerja rumah dan urus bisnes kosmetik saya. Syukur, rezeki kami bertambah selepas rujuk semula- Kata Afina yang kini fokus pada keluarga dan perniagaan.
Suami isteri bersama bangkit…

Kini, Mohd Afizi lebih berani tampil di hadapan kamera untuk mempromosikan produk mereka, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Dari seorang yang kekok dan pemalu, beliau kini selesa menghasilkan kandungan secara spontan tanpa skrip.
Saya dulu malu, tapi sekarang dah biasa. Kena enjoy apa yang kita buat.- Tambah Afina, yang berasal dari Machang, Kelantan.
Menurut Afina, suaminya yang juga seorang anggota polis kini sering membantu mempromosikan produk mereka secara langsung di TikTok.

Hasilnya, perniagaan mereka berkembang pesat, dengan lebih 500 ejen di seluruh Malaysia serta produk baru yang mula menembusi pasaran Indonesia dan Filipina.
Pada tahun 2025, Afina bakal memperkenalkan produk suplemen kesihatan lelaki, memanfaatkan sokongan suaminya sebagai duta untuk produk tersebut.
#OhmediaNasihat
Kisah ini mengajar kita bahawa setiap hubungan pasti ada cabarannya. Kunci utama adalah komunikasi dan kesungguhan untuk memperbaiki kelemahan masing-masing.
Dalam bisnes pula, saling menyokong dan berani mencuba sesuatu yang baru boleh membawa perubahan besar. Yang penting, jangan mudah mengalah dengan cabaran!

