Connect with us

Oh! Media

“Tenang Je Tengku” – Didakwa Bakal Sertai PKR, Hantaran Terbaru Tengku Zafrul Tarik Perhatian

Ohmedia copy of Untitled Design 41

Oh! Negara

“Tenang Je Tengku” – Didakwa Bakal Sertai PKR, Hantaran Terbaru Tengku Zafrul Tarik Perhatian

Khabar berita, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, bakal sertai PKR dan diangkat sebagai calon ‘Menteri Besar Selangor’ yang baru semakin hari, semakin hangat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengesahkan ada perbincangan awal berkenaan perkara itu.

BACA: Zahid Kata Tiada Makluman Zafrul Ingin Keluar UMNO, PMX Sahkan Ada Perbincangan Awal

Terbaru, hantaran di Facebook rasmi Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri telah menarik perhatian ramai.

IKLAN

Santai berlari bersama Sultan Selangor

Pagi tadi, Tengku Zafrul dilihat telah menyertai Larian Kita bersama DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor dan DYTM Raja Muda Selangor yang turut berkenan mencemar duli untuk menghadiri acara itu.

Rata-rata netizen, memuji ketenangan Tengku Zafrul walaupun dibadai dengan khabar berita berkenaan dirinya yang semakin panas.

Bakal buat kenyataan dalam masa terdekat

470183731 1159494825750088 5451783535036852004 n
Kredit foto Facebook Tengku Zafrul

Menurut laporan Harian Metro, Tengku Zafrul sebenarnya sedar akan desas desus tersebut. Beliau berkata, dirinya belum membuat apa-apa komen berkenaan politik dan menyatakan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari semalam juga membuat kenyataan beliau akan kekal sehingga akhir penggal.

Apa yang saya tahu ada banyak spekulasi yang bermain di luar sana. Untuk menjawab isu ini, InsyaAllah saya akan membuat kenyataan dalam masa terdekat-Katanya

Ohmedia copy of Untitled Design 41

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas