Trending
Bapa Tak Mampu Bayar Bil Hospital Swasta, Jenazah Anak Dikebumikan Selepas 16 Hari
Tular di media sosial kisah menyayat hati yang dikongsikan unit pengurusan jenazah Islam, Mr Wan Cai Official mengenai bayi syurga bernama Muhammad Adham Mikail.
Menurut Wan Cai, Muhammad Adham Mikail meninggal dunia selepas 30 minit dilahirkan dalam keadaan tidak cukup sifat.
Bil hospital sebanyak RM3,600

Apa yang menyedihkan, jenazah bayi syurga itu didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital.
Hancur luluh bila melihat jenazah anak tanpa dosa ini 100% beku!! Bayangkan bayi yang sudah meninggal dunia pada 24 Nov ditahan selama 2 minggu dan diletakkan dalam peti sejuk. Perkara ini berlaku asbab si ayah tidak mampu membayar bil bagi caj kelahiran anaknya di sebuah hospital swasta.
Bapa menceritakan kepada Mr Wan Cai bahawa isterinya yang mengadu sakit perut telah dihantar oleh jiran mereka ke hospital swasta tersebut.
Ketika itu, dia sedang bekerja dan segera bergegas ke hospital selepas dimaklumkan mengenai keadaan isteri.
Ibu dan jenazah anak ditahan dua minggu

Dakwanya lagi, bukan jenazah bayi sahaja ditahan di hospital malah ibu juga tidak dibenarkan untuk discaj selagi bil belum diselesaikan.
Mr Wan Cai Official bagaimanapun enggan mendedahkan nama hospital kerana tidak mahu memberi masalah kepada pasangan ibu bapa terbabit.
#OhmediaNasihat
Kisah ini menjadi pengajaran kepada kita bahawa sikap berperikemanusiaan sangat penting dalam menghadapi situasi kritikal seperti ini. Apatah lagi apabila ianya melibatkan golongan kurang berkemampuan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook Mr Wan Cai Official
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM