Connect with us

Oh! Media

Ayah Tiba-Tiba Tak Hantar Pesan “Good Morning” Di WhatsApp, Rupanya Petanda Sudah Tiada

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Tidak

Ayah Tiba-Tiba Tak Hantar Pesan “Good Morning” Di WhatsApp, Rupanya Petanda Sudah Tiada

Dalam era digital, sticker WhatsApp sering menjadi cara mudah untuk ibu dan ayah menunjukkan perhatian kepada anak-anak.

Namun, bagi dua lelaki ini, perubahan kecil dalam tabiat ayah mereka menjadi petanda sebuah kehilangan besar.

Ayah berhenti hantar sticker “Good Morning”

Img 9347

Bapa mereka, seorang warga emas berusia 62 tahun, mempunyai kebiasaan menghantar sticker “Good Morning” setiap pagi. Namun, sejak 21 November, dia tiba-tiba berhenti melakukannya.

IKLAN

Anak-anaknya mulai perasan sesuatu yang tidak kena tetapi tidak menjangka ia menjadi petanda sesuatu yang menyedihkan.

Ditemui tidak sedarkan diri

Pada 24 November, salah seorang anaknya mengambil keputusan untuk memeriksa keadaan ayah mereka di rumah flat di Tampines.

Malangnya, ayah mereka ditemui tidak sedarkan diri oleh seorang rakan yang datang melawat dan disahkan telah meninggal dunia dalam tidur.

Pernah diserang strok

Img 9349

Difahamkan, sebelum ini mendiang pernah diserang strok. Walaupun tinggal seorang diri selepas kehilangan ibu mereka, mendiang masih kerap menerima kunjungan rakan dan jiran. Jiran-jiran menggambarkannya sebagai seorang yang peramah dan baik hati.

Mendiang juga memastikan rumahnya sentiasa terkunci tetapi mudah diperiksa jika berlaku kecemasan. Pihak berkuasa menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 12.40 tengah hari.

#OhmediaNasihat

Kadang-kadang, perubahan kecil dalam rutin orang tersayang boleh menjadi petanda sesuatu yang lebih besar. Sentiasalah peka dan ambil masa untuk bertanya khabar. Kehilangan ini menjadi peringatan bahawa masa bersama keluarga amat berharga.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas